5 Ilham Solekan Neon Selebriti Yang Boleh Anda Cuba

Pada 15 November lalu bersamaan pada hari Khamis, salah satu rangkaian majalah Blu Inc Media, EH! Malaysia telah mengadakan parti #EHTOP20. Parti yang diadakan pada setiap tahun ini diadakan untuk memberikan penghargaan kepada 20 selebriti yang terpilih pada tahun tersebut. Membawakan tema neon, parti tahun ini memperlihatkan barisan selebriti yang kelihatan bergaya dan cantik dalam persalinan busana neon dan juga solekan yang membawa tema yang sama. Oleh itu, Jelita senaraikan lima selebriti dengan solekan neon yang menawan.

Ain Edruce- Solekan Bubu

Ain Edruce adalah salah seorang selebriti yang terpilih sebagai EH TOP 20. Pada malam itu, Ain telah tampil dengan solekan yang agak berani. Tidak mengenakan solekan yang berat pada bahagian mata, Ain telah mengenakan gincu rona ungu yang sepadan dengan busana ungu yang digayakannya pada malam itu. Jelita suka dengan keberanian Ain menggayakan warna yang jarang ingin digayakan oleh wanita lain.

Sissy Iman- Solekan LE BEAUTÈ BY JIBS SALIM

Peserta Big Stage ini juga turut hadir dengan penampilan yang anggun. Mengenakan busana biru berkilau, solekan Sissy Iman juga menggunakan konsep kilauan yang sama. Sissy Iman tampik dengan solekan mata yang galak. Menggunakan pembayang mata rona biru pada bahagian mata dan pembayang mata rona hijau terang pada bahagian mata memberikan efek neon pada penampilan Sissy.

Intan Najuwa- Solekan Nad Ismail

Sama seperti Sissy, Intan Najuwa juga tampil dengan solekan mata bertemakan neon. Intan Najuwa mengenakan pembayang mata rona jingga terang yang sememangnya sinonim dengan tema neon. Ia juga sepadan dengan busana jingga yang digayakannya pada malam itu.

Azira Shafinaz- Solekan Syed Dewa

Anda juga boleh mengambil ilham daripada solekan yang dikenakan oleh anggota DeFam, Azira Shafinaz. Menggunakan pembayang mata dengan tiga rona warna ungu yang berbeza. Mulakan dengan rona ungu gelap pada bahagian kelopak mata dan kemudian padankan dengan warna ungu terang pada bahagian atas mata. Tambahkan pembayang mata ungu neon di antara dua rona pembayang mata tersebut untuk memberikan efek solekan neon.

Aishah Azman- Solekan Khai Baha

Pelakon, Aishah Azman pula tampil dengan solekan mata rona biru. Solekan mata Aishah ini kelihatan lain daripada solekan mata yang biasa. Penggaris mata (eyeliner) hitam digunakan untuk melukis pada bawah kelopak mata dan diwarnai dengan pembayang mata rona biru. Solekan ini membuatkan raut wajah Aishah lebih seksi daripada biasa.

Gambar: Instagram

The post 5 Ilham Solekan Neon Selebriti Yang Boleh Anda Cuba appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment