Ruang penyimpanan barang yang terhad menyebabkan keadaan rumah berada dalam keadaan tidak teratur. Selain itu, rumah juga akan kelihatan lebih sempit dan berselerak.
Di Facebook, seorang wanita berkongsi idea dekorasi penstoran perkakas menggunakan barangan daripada Eco. Dahlah murah, jimat ruang dan kemas pula tu!
10 barang wajib beli di Eco!
Bakul
#1 Bakul
Bakul ialah barang penstoran kegemaran hani yang pertama. Hani suka gunakan bakul dlm satu-satu ruang (rak atau laci) untuk cipta beberapa ruang.
Tips Hani utk beli bakul.
– Hani lagi suka bakul bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual.
– Untuk sesuatu ruang, pilih bakul yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam.
– Pilih sama ada bakul bertutup atau tidak mengikut keadaan ruang dan barang yang diisi dalam bakul
– Bonus kalau dapat pilih saiz bakul yang ngam2 muat dalam ruang tu. Hani pernah kongsi tutorial macam mana nak beli bekas yang ngam muat2 dalam satu ruang tu sebelum ni.
Hani gunakan bakul utk “pecahkan” satu ruang yg besar (seperti laci) kepada bahagian yang lebih kecil. Kiranya wujudkan laci dalam laci gitu. Supaya barang-barang dalam laci lebih tersusun dan berada di”rumahnya”. Wajib label!
Hani gunakan bakul utk simpan baking tools dan botol2 air.
Bekas bertutup
#2 Bekas tipuware
Barang penstoran kedua yg bagi Hani pelbagai-guna ialah bekas-bekas tipuware. Kalau masuk Eco, memang rambang mata Hani tengok bekas tipuware yang pelbagai bentuk, saiz dan warna haha
Sama macam bakul, ni tips Hani masa nak beli bekas tipuware
– Hani lagi suka bekas bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual.
– Untuk sesuatu ruang, pilih bekas yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam.
– Pilih bekas yang boleh ditindih (stackable) untuk menjimatkan ruang.
– Tetapkan tema warna dapur supaya senang nak beli bekas2 tipuware di eco.
– Bekas yang boleh ditindih menjimatkan ruang sbb kita memaksimumkan penggunaan ruang dengan cara menggunakan ruang vertikal.
– Pilih bekas yang boleh ditindan dan sesuai dengan saiz ruang. Pastikan setiap bekas dilabel utk memudahkan mencari barang.
Bekas bekal makanan yang ada pembahagi mcm ni Hani rasa sempurna utk letak sabun dan span basuh pinggan. Buat lubang kat tapak bekas utk elakkan bekas bertakung kalau perlu. Bonus sbb bekas ni bertutup, malam2 lepas siap kemas dapur hani akan tutup bekas ni.
– Hani gunakan bekas eco utk penyimpanan sayur dan protein.
Botol rempah kaca
#botol rempah kaca
Botol rempah kaca ni bagi Hani nampak mahal walaupun harga nya RM2. Tambah-tambah dengan label. Tapi bahagian besi kat penutup nya cepat berkarat kalau tak betul cara penjagaannya.
Hani dah guna setahun tapi so far masih ok tak berkarat. Ni tips utk elakkan penutup bekas ni berkarat
– Bila lap dengan kain lembap (semasa nak bersihkan) wajib lap semula dengan kain kering. Jgn biarkan dia kering sendiri
– Jangan letak kat tempat lembap.
Bekas kedap udara
#4 bekas kedap udara
Hani guna bekas ni utk simpan pes2 yang Hani buat setiap hujung minggu. Bekas kedap udara ni buatkan pes lebih tahan lama. Hani guna utk pes bawang putih dan bawang putih + halia utk pes ni bertahan dua tiga minggu.
Rak pinggan & rak kecil
#5 rak pengetus pinggan
Hani simpan pinggan utk tetamu dalam ni supaya bila tetamu datang Hani angkut dengan rak ni sekali g basuh dan susun semula kat dalam rak ni.
#6 rak kecil
Rak kecil ni Hani rasa sempurna utk tambah ruang penstoran kat sesuatu ruang. Macam Hani letak kat atas sinki ni utk Hani letakkan botol sabun dan aksesori sinki. Bahagian bawah Hani letak bekas bekal makanan yg Hani letak sabun dan span basuh pinggan.
Bonus sebab bahagian besi nya diperbuat dr stainless steel. So takkan berkarat.
Jaring besi
#7 jaring besi, s hook dan command hook
Hani gunakan utk sangkut penapis2 Hani.
Magazine holder
#8 magazine holder
Hani gunakan utk simpan aluminium foil, cling wrap dan ziplock hani. Hani tampal kat pintu tuk maksimumkan penggunaan ruang kat dapur Hani. Magazine holder ni Hani beli kat Ikea tp baru2 ni Hani nampak kat Eco pun dah jual. Magazine /book holder kat Eco. Boleh balut dengan wallpaper kalau nak custom kan sesuai dgn dekor dapur.
Pants hanger
#9 pants hanger
Hani gunakan pants hanger utk sangkut plastik sampah yang jenis gulung. Supaya senang nak ambil. Dan juga utk jemur kain lap yang lembap.
#10 bakul magazine holder
Untuk Hani susun botol2 kegunaan pembersihan dan pencucian.
Sumber : Hani Mynis
0 comments :
Post a Comment