Zoo Melaka, Night Safari Kena Tutup

Baru-baru ini tular di media sosial apabila Zoo Melaka dan Safari Malam didakwa sudah kurang penjagaan sehingga menyebabkan banyak kematian haiwan. Kalau sebelum ini, tempat ini memang merupakan tarikan pelancong jika ke Melaka.
Ekoran dari kontroversi melanda, pihak pengurusan Taman Burung Melaka di Ayer Keroh telah mengeluarkan notis penutupan lokasi ini bagi kerja kerja penyelenggaran selama 14 hari. Harap lepas ini Zoo Melaka kembali gemilang seperti dulu kala.

14 hari untuk penambahbaikan

Pengambilan alih pengurusan Zoo Melaka dan Taman Burung dilakukan setelah mendapati syarikat yang diberikan tanggungjawab itu telah melanggar syarat-syarat serta perjanjian yang dipersetujui pada 31 Disember 2012.

Proses ini juga bagi menjaga kepentingan dan imej Zoo Melaka serta Taman Burung selain memberi tempoh 14 hari bagi kerja-kerja pengauditan dan penambahbaikan.

Menurutnya, pengambilan alih itu turut melibatkan Taman Burung sepenuhnya yang berkuatkuasa hari ini. Zoo Melaka dan Safari Malam yang pernah jadi kontroversi akibat kematian banyak haiwan, ditutup selama 14 hari mulai Jumaat lepas.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Tey Kok Kiew, berkata, penutupan itu bagi proses pengambilan alih semula zoo berkenaan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) daripada Syarikat Konsortium KKW Sdn Bhd.

Mengembalikan semula kegemilangan zoo

Langkah itu dilakukan bagi membolehkan proses pengauditan, penambahbaikan dan pembersihan di kawasan sekitar zoo dapat dilakukan sebelum ia beroperasi semula, sekali gus mampu mengembalikan semula kegemilangan zoo berkenaan yang bukan sahaja merupakan aset kerajaan negeri malah ikon pelancongan Melaka.

Kok Kiew berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media MPHTJ ambil alih pengurusan Zoo Melaka dan Safari Malam serta Taman Burung daripada Syarikat Konsortium (KKW) Sdn Bhd, di Ayer Keroh, di sini, tadi.

Pada 30 Ogos lalu, Sinar Harian menyiarkan kekecewaan Mahani terhadap kerja-kerja pengurusan yang lemah di Zoo Melaka hingga menyebabkan kematian banyak haiwan.

Sumber : Sinar Harian

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment