Tidak lama dahulu, tular di laman sosial media apabila seorang warga Syria bernama Hassan Al Kontar dilaporkan ‘menetap’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sejak Mac lalu. Kisah Hassan mula mendapat perhatian orang ramai apabila blogger terkenal ‘Nas Daily’ turut berkongsi di YouTube bagaimana dan mengapa Hassan tidak boleh keluar dari lapangan terbang itu.
Terbaru, menerusi Berita Harian Hassan telah ditahan dan menunggu siasatan polis selesai sebelum diambil alih oleh Jabatan Imigresen.
‘Dia tidak mahu balik ke Syria..’
Sumber video: YouTube Nas Daily
Berhubung isu tersebut, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya akan menunggu sehingga siasatan polis ke atas Hassan dijalankan. Apabila selesai, kes itu akan diambil alih oleh Jabatan Imigresen.
Kita akan terus laksanakan kerjasama dengan kedutaan Syria untuk mengeluarkan dia dari negara kita.
Dia tidak mahu balik ke Syria, katanya kerana tidak mahu jadi tentera atau apa juga alasannya. Bagaimanapun, kita kena ada penutup (penyelesaian) kerana dia memalukan negara kita.
Tambah Mustafar, Hassan masuk ke Malaysia pada Mac lalu. Apabila pasnya tamat tempoh, dia masuk ke Kemboja.
Di sana, dia tidak dibenarkan masuk kerana sebab tertentu dan dia balik ke Malaysia. Dia usahakan pelbagai cara dan keluarkan kenyataan yang memalukan negara kita di media sosial.
Ketetapan kita ambil kerana dia berada di kawasan larangan apabila pas pelepasan dan ketetapan visa pun sudah tidak ada, maka tindakan diambil.
Sebelum ini, lelaki Syria berumur 36 tahun itu mendakwa telah tinggal di klia2 sejak 7 Mac lalu kerana bimbang akan ditangkap jika pulang ke Syria. Untuk berkongsi mengenai situasi dihadapinya, Hassan menghantar blog video kehidupan hariannya di Twitter dan Facebook sehingga ia menarik perhatian kumpulan hak asasi serta media antarabangsa.
Sumber: Berita Harian
0 comments :
Post a Comment