Tip Pastikan Anak Selamat Di Dapur

Memastikan keselamatan anda adalah tanggungjawab anda sebagai ibu bapa. Bukan sahaja di luar rumah, keselamatan mereka di dalam rumah juga perlu dipastikan terutama sekali di dapur agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Ini Jelita kognsikan tip untuk anda memastikan anak selamat di dapur.

anak selamat

Gambar: Shutterstock

  • Simpan semua gelas dan pinggan kaca di dalam kabinet berkunci atau di tempat yang tidak dapat dicapai si anak
  • Gunakan produk pencuci yang paling kurang kandungan toksik dan simpan di tempat yang selamat. Jangan sesekali menyimpan produk pencuci dalam bekas makanan lama atau botol minuman. Anak anda mungkin tidak sedar lalu memakan atau meminumnya.
  • Simpan pisau atau peralatan tajam yang lain dalam laci yang berkunci. Namun, bayi dan anak kecil adalah insan yang sentiasa ingin tahu dan sesetengahnya berkebolehan membuka kunci keselamatan. Jika anak anda termasuk dalam kategori ini, anda mungkin perlu memikirkan semula cara menyimpan peralatan yang berbahaya ini.
  • Kunci apa sahaja yang boleh mengundang bahaya atau simpan di tempat yang tidak boleh dicapai.
  • Jika mahu, anda boleh pasangkan pagar keselamatan untuk menghalang anak daripada masuk ke dapur. Pastikan anda boleh melihat apa yang dilakukannya sewaktu anda di dapur.
  • Asingkan satu almari, jauh daripada dapur memasak dan ketuhar. Di sinilah anda boleh simpan barang-barang yang tidak berbahaya supaya anak boleh buka dan meneroka dengan selamat. Anda boleh letakkan periuk kecil dan ringan, senduk kayu, pinggan dan cawan plastik. Sesekali, tukar kandungan almari untuk memberikan kejutan.

The post Tip Pastikan Anak Selamat Di Dapur appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment