Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmad Al-Jubeir menyatakan derma RM2.6b yang didakwa diterima bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada kena-mengena dengan kerajaan Arab Saudi.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah selepas menerima kunjungan Adel di Wisma Putra di Putrajaya, hari ini.
Bukan Arab Saudi derma
Menerusi laporan Bernama, pertemuan itu turut menyentuh mengenai isu 1MDB serta derma RM2.6 bilion yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.
Beliau (Adel) menyatakan bahawa (derma RM2.6 bilion) tidak ada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi.
Menurutnya, ketika mereka bertemu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-73 di New York pada bulan lepas, Adel memberitahunya bahawa kerajaan Arab Saudi akan bekerjasama dalam siasatan 1MDB dan tiada kaitan dengan derma RM2.6 bilion.
Hari ini ulangi sekali lagi bahawa itu tiada kaitan dengan Arab Saudi
2016 mengaku ada derma
Berbeza dengan kenyataan beliau pada 2016 di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul, Turki, Adel dilaporkan berkata sumbangan derma kepada Najib datang dari Arab Saudi.
Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.
Justeru, setahu kami, isu itu ditutup.
Pada Januari 2016, Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Sumber: Bernama
0 comments :
Post a Comment