Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan pesawat tambang murah Lion Air terhempas di Sumatera setelah dilaporkan hilang daripada radar selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pukul 6.33 pagi tadi.
Pesawat JT-610 dilaporkan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta, Jakarta, Indonesia pada pukul 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan 13 minit kemudian
Sah terhempas
Difahamkan, pesawat jenis Boeing 737 itu dijadualkan tiba di Pangkal Pinang, Belitung pada pukul 7.20 pagi. Setakat ini, tiada maklumat diterima mengenai jumlah penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat berkenaan.
Jurucakap agensi pencari dan penyelamat Indonesia, Yusuf Latif berkata, pesawat Boeing 737 MAX 8 itu disahkan terhempas.
Saya mengesahkan bahawa ia (pesawat Lion Air) terhempas. Kami tidak boleh memberikan sebarang komen kerana sedang mengumpul maklumat dan data
Menurut laporan portal Indonesia IDN TIMES, ini merupakan jejak terakhir pesawat Lion Air JT610 menurutflightradar. Laluan pesawat Lion Air JT610 itu digambarkan dengan garis hijau dan garis berkenaan bearkhir di perairan sebelah utara Karawang.
Sumber: Berita Harian,
0 comments :
Post a Comment