‘Tarik Balik Tuduhan Liar Itu’ – Liew Chin Tong Bidas Tuduhan Pakai Baju Komunis

Nampaknya etika pemakaian baju korporat warna khaki oleh menteri semasa lawatan ke kem tentera mendapat respon pelbagai pihak. Baru-baru ini, tular sebuah foto Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong memakai baju korporat khaki itu disamakan dengan pakaian tentera komunis.

Dia juga dihentam netizen seolah dilihat tidak bertanggungjawab terhadap sistem pertahanan negara. Ini respon bidas Senator Liew Chin Tong terhadap reaksi demikian.

Kecewa dengan tuduhan itu

Baju korporat Khaki

Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan kecewa dengan tuduhan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Dato Azwanddin Hamzah bahawa kononnya Timbalan Menteri Pertahanan telah memakai uniform ala-komunis semasa pemeriksaan perbarisan ATM dalam lawatan ke kem. Tuduhan JMM itu merupakan satu penghinaan kepada Angkatan Tentera Malaysia serta Kementerian Pertahanan Malaysia.

Baju tersebut merupakan baju korporat “bush jacket” yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan untuk majlis rasmi tentera seperti lawatan ke Kem, Pos Keselamatan dan program yang ditentukan oleh penganjur.

Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohamad Sabu juga memakai pakaian rasmi tersebut. Begitu juga dengan mantan menteri dan pemimpin kerajaan yang lain, termasuk pemimpin kerajaan sebelum ini.

Tidak ada kena-mengena dengan komunis

Warna “khaki” baju tersebut tidak ada kena-mengena dengan komunis, ia antara rona warna yang selalu dipilih untuk uniform tentera di merata dunia. Malah warna tersebut pernah dijadikan pakaian seragam rasmi TUDM sebelum tahun 1995. 

Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2017, baju korporat warna “khaki” dicadangkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan akhirnya menjadi pilihan bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak sebagai pakaian rasmi Sambutan Hari Kebangsaan 2017. Kesemua anggota Kabinet dan barisan dif kehormat telah memakai baju tersebut semasa Sambutan Hari Kebangsaan rasmi. 

Pakaian seragam tentera adalah eksklusif dan hanya sesuai dipakai oleh pegawai yang telah ditauliahkan sahaja.

Pejabat Timbalan Menteri meminta JMM menarik balik tuduhan liar itu yang jelas menunjukkan sikap kurang cerdik dan tidak berhemah dalam membuat kenyataan.

Sumber: Liew Chin Tong

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment