‘Saya Tekad Bawa Anak’ – Luluh Hati Suami Bila Tangkap Sendiri Isteri Sedang Khalwat

Seorang isteri yang ditangkap khalwat oleh suaminya diceraikan dengan talak satu di hadapan Hakim Zahari Mohd Yusoff mengikut Seksyen 47 Permohonan Perceraian Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan 2002 di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, hari ini.

Ditangkap oleh suami sendiri

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan tersebut berbalah sebaik sahaja keluar daripada mahkamah sebelum ditenangkan oleh pihak polis serta ahli keluarga.

Menurut si suami yang mahu dikenali sebagai Atiq, beliau membuat laporan polis selepas beliau sendiri yang menangkap isterinya berkhalwat dengan lelaki lain di sebuah hotel di utara tanah air pada 25 Oktober lalu.

Hatinya luluh

Beliau juga mengakui hatinya luluh apabila melihat isterinya sanggup bermain kayu tiga walaupun mereka sudah berkahwin selama tujuh tahun dan mempunyai tiga anak.

Saya bersama kawan, pegawai pejabat agama dan polis pergi ke hotel itu selepas diberitahu oleh rakan bahawa kereta milik saya diletakkan di hadapan hotel berkenaan.

Sebaik masuk ke sebuah bilik, saya lihat isteri bersama dengan lelaki lain dan ia menguji kesabaran saya sebagai seorang suami.

Saya tekad membawa pulang anak ke Kota Bharu dan melafazkan cerai kerana tidak sanggup melihat kecurangan isteri daripada terus berlaku.

Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment