‘Saya Berdoa Ini Tidak Benar’ – Adik Mangsa Nahas Lion Air Keliru Hilang 2 Orang Dalam Setahun

Bayi berusia 15 bulan yang dalam perjalanan pulang dari menziarahi sanak-saudara di Jakarta, Indonesia menjadi antara korban termuda dalam nahas udara pesawat Lion Air Isnin lalu.

Kyara Putra antara mangsa yang dipercayai maut dalam insiden berkenaan bersama bapanya Rizal Gilang Sanusi Putra dan ibunya Wita Seriani.

Keliru dan tak faham

Adik Gilang, Gerian Sanusi Putra menceritakan kejadian tragis menimpa keluarga kepada media ketika menunggu perkembangan nahas berkenaan di lapangan terbang Jakarta.

Saya keliru dan tidak berapa faham apa sebenarnya yang berlaku. Ibu saya meninggal dunia dua bulan lalu dan kini abang saya yang menjadi tulang belakang keluarga pula hilang.

Ketika ini pihak berkuasa Indonesia sedang giat mencari bangkai JT610 itu dan penumpangnya. Namun, mereka tidak menjangkakan ada mangsa terselamat. Menurut Gerian, dia berada di rumahnya di Pangkal Pinang ketika menerima perkhabaran buruk berkenaan.

Rancang shopping di Jakarta

Pada mulanya Gerian tidak berfikiran buruk apabila menyangka abangnya sekeluarga akan mengambil penerbangan tengah hari kerana Wita merancang untuk membeli-belah di Jakarta pada paginya.

Namun, apabila menerima senarai mangsa menerusi Whatsapp yang turut memasukkan nama abangnya sekeluarga, Gerian terus terbang ke Jakarta dengan hanya sebuah telefon bimbit.

Saya harap ini hanya mimpi buruk. Saya terus berdoa ini tidak benar. Jarang sekali berlaku dua perkara buruk dalam satu tahun, jadi ia tidak mungkin, abang saya tak mungkin mati.

Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment