Kebiasaannya insta famous atau artis akan mengenakan caj bayaran kepada usahawan atau produk yang ingin mempromosikan jenama mereka di laman Instagram. Tetapi beberapa hari lalu, Janna Nick dikritik oleh netizen kerana membuat servis beri ucapan hari jadi tetapi dengan bayaran RM50.
Menerusi Berita Harian, rupanya pelakon wanita itu berbuat begitu adalah kerana..
Sudah lama pasang niat..
Pelakon dan pengacara Melodi, Janna Nick akhirnya mendedahkan servis ucapan hari jadi bernilai RM50 itu adalah bertujuan untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Menurutnya, semua hasil perkhidmatan tersebut akan dimasukkan ke tabung pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Wish for Their Hope (WTFH) sebelum mengagihkan kepada rumah anak yatim, kebajikan, gelandangan serta orang miskin.
Idea merealisasikan WFTH dan #wishservicebyjannanick yang membawa misi membantu insan memerlukan diilhamkan sejak empat bulan lalu. Syukur hingga ini, khidmat itu sudah mengumpul kira-kira RM2,000 sejak diperkenalkan.
Sejak awal tahun lagi, saya sudah berniat untuk tidak memberi reaksi terhadap komen negatif, selain berazam memberi semula kepada masyarakat menerusi kerja kebajikan. Usaha ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka.
Kunjungan di dua rumah kebajikan pada hari ini menjadi permulaan untuk aktiviti yang diharap dapat diadakan sebulan sekali. Insya-Allah, pada 14 Oktober ini, WFTH bakal mengunjungi gelandangan di sekitar ibu negara.
Terima sahaja komen diterima
Bila ditanya mengenai komen negatif yang diterima di laman sosial media mengenai servis @wishservicebyjannanick, ini jawapannya:
Jika ada pihak yang menganggap usaha ini sebagai gimik, saya terima sahaja. Jika baik niatnya, kita anggap sahaja gimik ini ‘menjadi’. Sebelum ini, saya pernah berkongsi status di Instagram untuk membantu pihak memerlukan.
Namun, maklum balasnya tidak serancak ini. Jadi, sambil memberikan ucapan hari istimewa, kita juga menderma. Alhamdulillah, usaha ini mendapat sokongan rakan artis seperti Mawar Rashid dan Sharifah Sakinah yang membantunya tular menerusi parodi mereka.
Kalau usaha begini memberi inspirasi kepada selebriti lain untuk membantu, kenapa tidak? Saya juga difahamkan ramai menggunakan idea ini bagi menjana pendapatan seperti menghasilkan lagu iklan dan menjual lukisan. Tidak mengapa, itu rezeki mereka.
Sumber: Berita Harian
0 comments :
Post a Comment