Rangka Manusia Ditemui Di Kuarters Lama, Setelah Diperiksa Rupanya Dah 2 Tahun Hilang

Penemuan satu rangka manusia di sebuah rumah Kuarters Kerajaan yang sudah lama tidak berpenghuni di Muar semalam menimbulkan tanda tanya. Foto yang viral di Facebook itu menerima lebih 3 ribu perkongsian oleh orang ramai.

Pihak polis dalam satu kenyataan media mengesahkan menerima panggilan dari orang ramai dan segera bergegas ke tempat kejadian.

Tiada unsur jenayah

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata sekeping kad pengenalan ditemui berdekatan rangka manusia tersebut. Bagaimanapun setakat ini, tiada ketinggalan perlakuan berunsur jenayah.

Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Muar bersama Pasukan Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar telah menjalankan siasatan di tempat kejadian. Tiada sebarang ketinggalan perlakuan berunsur jenayah dijumpai.

Turut dijumpai berdekatan rangka manusia berkenaan, sekeping Kad Pengenalan yang mana, waris kepada individu berkaitan telah tampil mengesahkan Kad Pengenalan adalah milik ahli keluarganya yang telah 2 tahun hilang.

Prosedur bedah siasat akan dibuat dalam menentukan punca kematian dan pengesahan identiti si mati dalam kes ini. Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR).

Pihak polis memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan apa jua bentuk maklumat berkaitan penemuan rangka manusia ini bagi mengelakkan sebarang spekulasi berkaitan kejadian. Tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut hanya boleh membangkitkan keresahan dan salah ertian dikalangan masyarakat.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment