Projek ‘Pelampung’ Tsunami RM7.2 Juta Milik Malaysia Gagal & Terpaksa Dilupuskan?

Projek Boya Tsunami atau Tsunameter merupakan satu projek kerjasama dengan Indonesia yang dilaksanakan susulan gempa melanda Aceh pada 2004 yang terpahat menjadi satu bencana terburuk dalam sejarah.

Namun perkara itu menjadi persoalan apabila sistem amaran tersebut gagal berfungsi, selepas gempa bumi 7.5 magnitud di luar pesisir Indonesia, baru-baru ini. Apa yang telah terjadi?

Terpaksa Dilupuskan

Di Malaysia juga turut memiliki sistem amaran ini. Ianya terletak di Laut Andaman, Laut Sulu dan Laut China Selatan. Namun projek yang mencecah RM7.2 juta terpaksa dilupuskan sepenuhnya kerana tidak lagi berfungsi.

Menerusi temubual Harian Metro, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Alui Bahari berkata, alatan yang dipasang kontraktor utama iaitu Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) terpaksa dilupuskan dengan persetujuan Kabinet ekoran beberapa faktor khususnya aspek kos maintenance yang tinggi dalam jangka panjang.

Susulan lokasi alat ini di tengah laut, kos penyelenggaraannya dua kali setahun dilihat mahal, menjangkau hampir RM500,000 selain terdedah kepada risiko perbuatan vandalisme, kecurian, kerosakan akibat terdedah kepada air laut atau dihanyutkan arus deras.

Fungsi Tsunameter

Tambahnya lagi, sistem amaran tersebut yang mencecah kira-kira RM2.4 juta seunit itu memancarkan data menerusi satelit Inmarsat C menerusi sistem telemetri setiap 15 minit. Namun masa penyaluran maklumat akan berubah menjadi penetapan tsunami, sekali gus menghantar isyarat setiap seminit sekiranya wujud bacaan paras ombak luar biasa.

Fungsi seperti ini terpaksa dilakukan kerana ingin menjimatkan penggunaan kuasa bateri. Justeru ia hanya akan aktif menghantar maklumat setiap minit kepada METMalaysia apabila sistem pengesan merekodkan bacaan ombak tsunami.

Kerana vandelisme orang awam

Harian Metro turut melaporkan, jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho mengakui sejak enam tahun lalu, kesemua 22 boya laut tambahan yang disambungkan pada sensor di dasar laut bagi mengesan tsunami di perairan Indonesia tidak berfungsi.

Kami mempunyai kira-kira 60 boya di Indonesia. Sesetengahnya rosak sejak 2012 kerana perbuatan vandalisme. Penduduk tempatan mencurinya.

Sumber : Harian Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment