Teks : Razin Mohd
Rutin penjagaan rambut buat gadis berhijab bukan satu perkara yang boleh diambil remeh. Tanpa penjagaan dan perlindungan dengan baik rambut akan lebih mudah rosak, putus dan tampak tidak bermaya terutamanya di dalam lilitan hijab.
[caption id="attachment_120071" align="aligncenter" width="640"] Gambar : Shutterstock[/caption]
EH! percaya setiap wanita pasti inginkan rambut yang lebat, kuat dan bersinar tidak kiralah sama ada anda bertudung atau tidak, namun atas faktor masa, kerja dan tekanan ramai antara wanita mengambil mudah berkenaan hal penjagaan rambut. Biarpun lilitan tudung sudah cantik diikat tetapi jangan abaikan pula kesihatan rambut di dalamnya. EH! prihatin tentang masalah yang membelenggu gadis berhijab hari ini dan kami bariskan beberapa tip yang wajib dilakukan jika anda inginkan rambut yang lebih sihat dan bersinar.
#1 KERINGKAN RAMBUT SEPENUHNYA
Biarpun dalam kekangan masa, anda seharusnya meluangkan sedikit masa yang ada untuk mengeringkan rambut dengan rapi. Sudah menjadi kebiasaan ramai wanita berhijab hari ini tidak mengeringkan rambut dengan betul sebelum menyarung tudung di kepala. Hal ini memberi impak buruk pada rambut dan juga kulit kepala, bukan itu sahaja rambut juga akan berbau jika tidak dikeringkan dengan betul.
The post Panduan Rambut Sihat Bersinar Khusus Buat Hijab Sisters! appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment