Rumah tangga dibina pelawak Nabil Ahmad dengan Zira Ayub bahagia dengan kehadiran dua puteri dan seorang lagi masih dalam kandungan.
Mereka suami isteri menunaikan umrah Julai lalu dan Zira dilihat bertudung litup menutup aurat seperti dianjurkan Islam. Namun, Zira kemudiannya dilihat kembali membuka tudung kini.
Setiap hari doakan isteri
Namun menurut Nabil yang dihubungi Harian Metro, dia menganggap isterinya kembali tidak bertudung selepas berbuat demikian hujung Ogos lepas sebagai pilihannya sendiri sebagai seorang individu. Di pihaknya, dia sudah menjalankan tanggungjawab memberi nasihat.
Pada ketika itu, mungkin dia sedang mencuba untuk berhijab dan saya beri galakkan. Tapi bila dia tak mahu berhijab, saya tak tahu nak cakap macam mana sebab saya dah pernah memintanya untuk berhijab.
Ujar Nabil lagi, doanya untuk isterinya diberikan keikhlasan berhijab tidak pernah putus. Malahan dia juga ada berjumpa dengan mereka yang lebih arif dan mendapati adalah tugasnya untuk memaklumkan kewajipan itu.
Setiap hari saya doakan supaya dia dapat rasa keikhlasan untuk berhijab. Saya dah rujuk kepada beberapa ustaz dan kata mereka, kerja saya sebagai suami adalah untuk memberitahunya mengenai kewajipan menutup aurat.
Sampai satu tahap, bila kita dah cukup menasihatinya, itu terpulang kepada dia pula untuk menjalankan tanggungjawabnya.
Tak mahu paksa
Tambah pengacara Meletop ini, dia turut berusaha membuka ceramah mengenai tuntutan itu selain menghantar teks berkenaan hal tersebut kepada Zira. Namun, dia memilih untuk tidak terlalu memaksa kerana dia mahu isterinya berubah-ubah pendirian jika tidak ikhlas berhijab.
Ada juga beberapa kali saya buka ceramah mengenai kewajipan menutup aurat dan menghantar kiriman WhatsApp kepadanya.
Kalau paksa sangat pun, saya rasa tak kena juga sebab kalau boleh, biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk berhijab. Saya nak dia kekal berhijab dan bukan sekejap pakai, dan tak lama kemudian, kembali buka hijab.
Sumber: Harian Metro
0 comments :
Post a Comment