‘Mak, Nanti Kita Berbual Lagi..’ – Perbualan Terakhir Anggota Bomba & Ibu Sebelum Lemas

Suasana pilu menyelubungi seluruh rakyat Malaysia apabila enam anggota bomba Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) terkorban dalam misi menyelamat remaja. Pagi tadi kesemua jenazah dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam untuk solat jenazah dan diberikan penghormatan terakhir.

Menerusi Berita Harian, ibu salah seorang mangsa memberitahu anaknya, Yahya Ali sempat menelefon minta restu sebelum memulakan tugasan.

‘Mak, nanti kita berbual lagi..’

Anak, Yahya Ali 

Kelihatan tenang menerima takdir ibu, Halimah Geronggong memberitahu anaknya ada menghubungi bertanya khabar dan memohon restu untuk memulakan misi pencarian malam tadi.

Mak, nanti kita berbual lagi… saya ada tugasan sikit.

Dia memang rajin menelefon bertanya khabar saya dan suami. Namun, perbualan kami semalam tidak lama kerana saya juga ketika itu sedang sibuk memasak di dapur.

Saya menunggu juga panggilannya malam tadi sehinggalah saya menerima perkhabaran yang anak saya terkorban dalam tragedi itu menjelang jam 12.30 tengah malam tadi.

Namun, perbualan mereka tidak lama dan arwah ada berjanji untuk menelefonnya semula selepas tugas selesai. Menurutnya lagi, Yahya Ali merupakan anak sulung daripada empat beradik adalah harapan keluarga. Paling menyedihkan, kejadian ini berlaku ketika adik-adik sedang menghadapi peperiksaan besar.

Hampir setiap hari dia menelefon bertanya khabar kami sekeluarga, begitu juga perkembangan pelajaran adik-adiknya. Malah, setiap kali selepas operasi dia pasti akan memaklumkan perkembangannya kepada saya.

Memang saya tahu dia terbabit dalam operasi itu, namun saya hairan mengapa dia tidak menelefon hingga lewat malam sehinggalah saya diberitahu dia terkorban ketika melaksanakan misi itu.

Kali terakhir dia pulang ke kampung pada 21 Julai lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya. Ketika itu, tidak ada sebarang perubahan malah, anaknya tetap ceria seperti biasa.

Sebagai insan biasa, kita tidak dapat menolak ketentuan Ilahi… apa pun, kami sekeluarga berasa amat sedih kerana kehilangan insan yang kami sayang buat selama-lamanya.

Tambah ibu lagi, menjadi seorang bomba adalah cita-cita Yahya semenjak kecil dan sangat gembira selepas impiannya untuk menyarung pakaian seragam pasukan penyelamat menjadi kenyataan.

Sumber : Berita Harian

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment