‘Lebih Baik Anda Diam’ – Mangsa Gempa Bumi Palu Kecewa Kenyataan PU

Tempoh hari Pencetus Ummah  (PU) Amin mendakwa gempa bumi dan tsunami melanda Indonesia adalah disebabkan oleh maksiat yang berleluasa di muka bumi. Kenyataan itu ditentang dan dikecam teruk netizen yang beranggapan PU Amin tidak sensitif dengan penderitaan dialami mangsa.

Artikel berkaitan: Tuduh Indonesia Kerap Dilanda Bencana Kerana Maksiat, PU Amin Teruk Kena ‘Sekolah’

Walaupun tweet berkenaan sudah dipadamkan dari akaun Twitternya, namun, screenshot tweet tersebut sudah tersebar dan sampai ke pengetahuan mangsa warga negara jiran yang terkesan dengan tweet itu.

Tolong bertanggungjawab atas tweet ini

Mangsa, Eka Nur Jannah membalas tweet PU Amin dengan screenshot tweet panas dibuat pendakwah itu sebelum ini. Menurut Eka, sebagai penduduk Palu yang terjejas teruk dan ada ahli keluarganya masih tidak ditemukan, bersedih dengan tweet berkenaan.

Gadis ini juga meminta PU Amin bertanggungjawab dengan tweet itu. Tambahnya lagi, individu itu juga mungkin tidak tahu-menahu tentang kampungnya namun berani bertweet sedemikian.

Ngeri lihat RT dan likes tweet

Ujar gadis ini lagi, dia ngeri melihat jumlah perkongsian (RT) dan likes diterima tweet pendakwah itu yang mencecah ribuan. Ini bermakna ramai orang berfikiran seperti bekas program realiti agama berkenaan. Secara tidak langsung, PU Amin seperti menyebarkan imej negatif berkenaan kampungnya.

Menurut Eka lagi, tweet berkenaan sudah tersebar ke serata alam maya, mangsa sedang bersedih, jika tidak boleh memberi sumbangan, dia meminta PU Amin diam.

Netizen doakan keselamatan

Jangan setakat delete tweet saja, keluarkan permohonan maaf

 Sumber: Eka Nur Jannah

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment