Keunikan Selera Empayar K-Pop

Dek kebangkitan fenomena muzik dan drama Korea, kita banyak dihidangkan dengan pembukaan restoran makanan asli negara berkenaan. Antara yang menjadi tumpuan kali ini adalah Restoran Bangi Dong. Biarpun baru dibuka pada Jun 2016, restoran makanan Korea ini sudah mendapat tempat di hati ramai.

Teliti Dalam Masakan
Dimiliki pasangan bapa, Zahiruddin M. Hashim, 58, dan anak, Zhafri M. Hashim, 27, kedua mereka gemarkan juadah Korea dan ingin membawakan pengalaman menjamu selera yang indah buat orang ramai. Rasa autentik hidangan Korea dikekalkan sebaik mungkin, di samping memberikan kemudahan buat orang ramai dalam mendapatkan makanan yang dijamin Halal. Mereka memiliki pakar perunding dari Korea yang memberi tunjuk ajar gaya masakan yang betul bagi menghasilkan rasa yang sama seumpama makan di Korea.

Ada sesetengah bahan diimport terus dari Korea, sementara daging Halal Australia diguna bagi menjamin kualiti menu yang dihidangkan. Bahan mentah yang lainnya dibeli di sini saja. Menepis persepsi sesetengah individu yang mengatakan kebanyakan hidangan Korea yang ada di Malaysia adalah mahal, pemilik restoran ini menegaskan bahawa setiap satu juadah Korea yang dimasak di sini menggunakan bahan asli dan berkualiti bagi menjamin rasa autentiknya. Ketelitian dalam menghasilkan hidangan itu yang menjadikan setiap wang ringgit yang dilaburkan terasa berbaloi, semata untuk merasai sendiri kepuasan menjamah hidangan Korea.

Mereka juga bercadang mahu membuka cawangan kedua di Taman Tun Dr Ismail setelah restoran pertama ini stabil daripada segi jualan serta sambutan daripada orang ramai.

Menu Mesti Cuba
Restoran ini kerap dikunjungi oleh keluarga yang mahukan suasana selesa makan beramai. Kebanyakan daripada mereka akan memilih untuk menjamah set barbeku yang boleh dipilih sendiri oleh pelanggan mengikut selera masing-masing. Terdapat pilihan mengikut saiz hidangan yang didatangkan dengan kombinasi daging, ayam mahupun makanan laut, selain boleh memesan tambahan daging seperti wagyu dan angus, ribeye, kambing dan sebagainya.

Marinated Beef Prime Rib mereka menjadi kegemaran ramai dek keenakan sos perapan istimewa yang manis digabungkan dengan daging yang cukup lembut. Pelanggan juga dihidangkan dengan hidangan sampingan yang boleh dipilih seperti tauge, bebola ikan dan ikan bilis.

Pelanggan juga disarankan untuk cuba menu lain seperti Spicy Bean Curd, Ginseng Chicken, Beef Bulgogi, Bibimbap dan Kimchi Fried Rice. Restoran ini juga menghidangkan hidangan Kimchi yang segar tanpa menjalani proses penapaian. Lengkapkan sesi menjamu selera anda di sini dengan memesan minuman istimewa mereka iaitu Korea Rice Drink yang menyihatkan dan diambil inspirasi daripada air barli.

Selain itu, Bangi Dong turut menawarkan set makan tengahari dengan harga RM15. Pelanggan boleh memilih set bento seperti Bulgogi & Rice, Glass Noodle with Beef & Rice, Chicken Chop & Rice, Garlic Fried Rice dan Korean Curry & Rice. Tawaran ini hanya sah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 11.30 pagi sehingga tiga petang sahaja.

Harga: RM4 – RM150
Lokasi: Restoran Bangi Dong, B-01-G, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Perniagaan: Setiap hari, 11 pagi – 11 malam

The post Keunikan Selera Empayar K-Pop appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment