Kembara Siti Saleha ke Hong Kong Bersama Extreme Ends

Teks : Anis Hanini

 

Siti Saleha bersama suaminya Lutfi Azhar dipilih untuk mewakili Malaysia dalam rancangan siri realiti terbaru Extreme Ends. Ikuti temubual eksklusif bersama pelakon tempatan ini.

 

 

Pelakon yang mula menempa nama melalui watak Nora Elena dalam drama bersiri Nora Elena baru-baru ini dipilih untuk mewakili Malaysia bersama suaminya dalam menyahut cabaran untuk rancangan siri realiti, Extreme Ends yang bakal ditayangkan di saluran KIX HD (saluran Astro 729). Rancangan yang dibintangi empat selebriti dari empat negara Asia Tenggara bersama tetamu istimewa ini akan menampilkan tema bertentangan yang ekstrem seperti ‘Tinggi dan Rendah” atau “Siang dan Malam”. Diadakan di kota Hong Kong, tema-tema ini bakal memaparkan wajah bandar ini yang jarang diperlihatkan yang menonjolkan keunikannya.

 

EH! diberi kesempatan untuk menemu bual bersama Siti Saleha berhubung rancangan ini.

 

1. Huraikan sedikit tentang Extreme Ends dan mengapa anda bersetuju untuk menyertai siri realiti ini.

Apabila mendapat panggilan dari KIX HD Saluran Astro 729, saya rasa ia sesuatu yang menarik kerana saya tidak pernah bekerjasama dengan KIX HD sebelum ini. Mereka memanggil saya tentang program realiti Extreme Ends ini di mana saya dikehendaki membawa tetamu istimewa bersama untuk penggambaran ini. Saya dimaklumkan bahawa terdapat 4 negara di Asia Tenggara yang terlibat dan saya mewakili negara Malaysia. Mereka memberitahu bahawa saya boleh membawa seseorang dan saya terfikir siapa gerangannya kerana saya teragak-agak hendak bawa suami saya. Saya tidak pernah buat rancangan realiti dan tidak pasti sebenarnya namun oleh kerana ini rancangan KIX HD, saya tahu ia pastinya hebat dan saya pun mengambil keputusan untuk membawa suami saya. Salah satu soalannya kenapa membawa suami sebab dia memang seronok, tetapi saya risau kalau ada apa-apa yang akan menyebabkannya kecewa sebab siri realiti kan banyak yang tidak diduga, tapi Alhamdulillah tiada apa-apa.

The post Kembara Siti Saleha ke Hong Kong Bersama Extreme Ends appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment