Gara-gara viral foto persandingan pelakon Izreen Azminda dan Ude Wahid, pasangan ini sekali lagi dikecam netizen. Rata-rata menganggap pelakon itu tidak tahu malu.
Artikel Berkaitan : Izreen Aminda Sebak ‘Naik’ Pelamin Sekali Lagi
Terbaru, menerusi Harian Metro, Izreen minta netizen hentikan kencaman. Menurutnya itu hanyalah sebagai kenangan mereka berdua, bukanlah bersanding betul.
Hanya sesi fotografi
Itu bukan majlis kahwin tetapi acah macam majlis sebenar. Ia hanya sesi fotografi untuk kenangan saya dan suami. Jadi, janganlah fikir yang bukan-bukan pula.
Saya sudah jangka perkara ini mesti kecoh. Malah, ada yang tuduh bukan-bukan. Ingin dijelaskan, penaja mahu sesi fotografi dibuat seperti majlis perkahwinan sebenar iaitu malam berinai, nikah dan resepsi.
Izreen ‘majlis pekahwinan’ yang dibuat itu mendapat tajaan sepenuhnya daripada beberapa pihak. Malah, Izreen menafikan dia bernikah semula dengan suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Uda seperti didakwa netizen.
Mana ada gambar tetamu dimuat naik
Apatah lagi selepas berkahwin tahun lalu saya tidak pernah ada gambar rasmi perkahwinan. Jadi, saya terima tawaran mereka dan mengabadikan gambar ini sebagai kenangan bersama suami.
Kalau perasan mana ada gambar tetamu dimuat naik. Secara logik, kalau majlis sebenar mesti saya letak sekali gambar keluarga.
Izreen turut memohon maaf kepada keluarga, rakan artis dan media kerana membuatkan mereka tertanya-tanya. Dia turut memberitahu bahawa majlis ini diadakan atas tajaan beberapa pihak.
Hanya doa selamat
Sejak semalam ramai yang bertanya. Maafkan saya sebab tidak sempat menjelaskan satu persatu. Majlis resepsi tidak mungkin. Lagi pun, sudah lebih setahun saya berkahwin. Kalau nak buat pun kenduri doa selamat secara kecil kecilan. Itu lebih baik
Diharap dengan kenyataan ini semua orang jelas dan faham. Mustahil saya tidak menjemput mereka ke majlis saya jika betul ia diadakan. Sekali lagi terima kasih kepada semua penaja kerana merealisasikan ‘majlis kahwin’ saya.
Dia juga berharap agar semua jelas dan faham dengan foto sanding itu. Ditanya adakah selepas ini akan diadakan majlis resepsi sebenar, Izreen berkata hanya kenduri doa selamat.
Sumber : Harian Metro
0 comments :
Post a Comment