Ini 5 Tragedi Nahas Pesawat Lion Air Yang Pernah Menggembarkan Dunia

Hari ini kita digemparkan dengan berita menyayat hati mengenai pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas di Laut Jawa, Indonesia. Insiden itu melibatkan seramai 188 mangsa termasuk anak kapal.

Menurut portal IDN Times, insiden ini bukanlah kejadian pertama pesawat Lion Air terhempas. Sejak syarikat penerbangan ini beroperasi pada Jun 2000 telah terdapat sebanyak 19 kes meragut nyawa penumpang Lion Air.

1. Lion Air JT-610

Pesawat Lion Air JT-610 ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Indonesia pada 6.20 pagi tadi (waktu tempatan) dan menuju ke Pangkal Pinang. Pesawat ini dijangka tiba di destinasi kira-kira jam 7.20 pagi itu terhempas di Laut Jawa selepas disahkan hilang dari radar.

Seramai 189 penumpang termasuk anak kapal terlibat dalam insiden tersebut. Segala punca kemalangan masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

2. Lion Air JT-538

Lion Air JT-538 juga pernah terlibat dalam kemalangan apabila pesawat ini tergelincir di landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Bandar Udara, Solo, Jawa Tengah. Kejadian itu difahamkan telah berlaku pada 30 November 2004.

Dilaporkan seramai 26 penumpang meninggal dunia, 55 mangsa mengalami kecederaan kritikal dan 63 orang mengalami kecederaan ringan.

3. Lion Air 386 PK-LID

Lion Air 386 PK-LID sejenis pesawat Boeing 737-200 berlepas dari Bandara Sultan Syarif Kasim II, Riau turut mengalami kemalangan pada 14 Januari 2002.

Pesawat itu dikhabarkan gagal berada di udara dan jatuh sehingga 7 penumpang mengalami kecederaan yang serius hingga patah tulang.

4. Lion Air JT 904

Pesawat Lion Air JT 904 yang berlepas dari Lapangan Terbang Bandung ke Bandara Ngurah Rai, Bali mengalami masalah semasa mengendalikan pesawat ketika gagal mendarat di landasan. Seramai 101 penumpang menjadi mangsa dan tiada kes meragut nyawa dilaporkan.

Insiden ini berlaku pada 13 April 2013 pada jam kira-kira 3.00 petang waktu tempatan. Hanya dilaporkan seramai 45 mangsa mengalami kecederaan ringan saja akibat badan pesawat terbelah kepada dua bahagian.

5. Lion Air JT 891

Lion Air JT 891 juga mengalami kemalangan ketika gagal melakukan pendaratan di Bandara Jalaludin, Gorontalo. Insiden itu dipercayai berlaku kira-kira jam 10.55 pagi waktu tempatan pada 30 April 2018 (tahun ini). Pesawat gagal dan tergelincir di jalur landasan. Bagaimanapun, tidak ada mangsa yang terkorban dalam insiden itu.

Sumber: IDN Times, Tribunbisnis, SinarOnline

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment