Fokus pengajaran di kelas
Menurut beliau, langkah itu bertujuan memperkasa profesyen guru supaya lebih fokus kepada pengajaran di kelas sepenuhnya tanpa perlu memikirkan lagi tugas perkeranian yang ditanggung selama ini.
Pegawai saya kini sedang berusaha sebaik mungkin mengkaji cara untuk meringankan beban guru yang akan dibentangkan kepada saya selewat-lewatnya pada Disember ini.
Guru tidak perlu melakukan kerja perkeranian lagi
Maszlee berkata, inisiatif itu bertujuan mengembalikan zaman kegemilangan guru, yang pernah dianggap sebagai ‘hero’ khususnya di era 80-an.
Saya mengimpikan supaya kita mengembalikan zaman kegemilangan guru. Generasi lama seperti saya, kami masih ada guru hero yang amat menyayangi kerjaya mereka.
Guru sayang kita macam anak sendiri, bila mengajar, mereka benar-benar nak kita belajar dan berjaya. Kita kehilangan semua ini kerana guru hari ini dibebankan dengan kerja kerani.
Kita akan ubah perkara ini dan kembalikan zaman kegemilangan guru. Ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Antara beban kerja perkeranian yang dilakukan oleh guru ialah memasukkan data kehadiran dan disiplian murid, menyediakan surat dan minit mesyuarat dan menyediakan fail Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK).
Sumber: Berita Harian
0 comments :
Post a Comment