Tergamaknya seorang pengasuh apabila sanggup mendera seorang bayi 14 bulan hingga tidak sedarkan diri. Kejadian yang berlaku pada 25 Oktober lalu difahamkan ekoran daripada penjaga yang lewat membayar upah.
Lebih malang apabila bayi itu kemudiannya didapati berada dalam keadaan kritikal kerana dipercayai tidak diberi makan dan minum hampir tiga minggu. Akibatnya, bayi perempuan itu turut diserang penyakit sawan dan jangkitan kuman pada paru-parunya.
Memukul guna botol susu
(sekadar gambar hiasan)
Hasil soal siasat, suspek mengaku ada memukul kanak-kanak berkenaan menggunakan botol susu di kepala sebanyak dua kali dan tangan supaya kanak-kanak itu berhenti menangis
Lambat bayar upah
Menurutnya lagi, suspek nekad bertindak demikian kerana marah kepada ibu bayi perempuan itu yang lewat membayar upah. Difahamkan kanak-kanak itu dijaga oleh pengasuh tersebut selama tiga minggu dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam. Kali terakhir pengadu berjumpa dengan anaknya adalah pada 23 Oktober lalu kerana terpaksa bekerja.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.
0 comments :
Post a Comment