Dalam Masa 1 Malam Je, Kaki Berlubang Dipenuhi Daging Hancur Gara-Gara Sumpahan Raja Satong

Seorang lelaki diserang jangkitan aneh yang berbentuk bisul yang membesar pada kadar pantas sehingga mengejutkannya dan doktor yang merawat. Bermula dari benjolan seperti jerawat di betisnya, saiz benjolan tersebut secara drastik bertukar sebesar syiling 50 sen.

Keesokannya, sesuatu yang tak terjangka berlaku membuatkan lelaki itu tergamam melihatnya.

‘Kena sengat tebuan ke? Sakit bukan main’

PENYAKIT MISTERI -SUMPAHAN RAJA SATONG !!!

Ni kisah paling seram saya nak cerita… perggg.. BELUM CERITA DAH SERAM BEB

Jap-jap, bulu roma tengah naik. Saya sikat dia dulu pakai minyak rambut bond.. kasi dia turun, meremang!! Ceritanya tahun lepas di awal pagi.

Bangun pagi saya seperti biasa bersihkan zoo saya, selepas saya sapu sampah, saya rehat-rehat hisap rokok luuu… tiba-tiba terperasan ada satu bintik merah kat betis, sebijik macam jerawat baru nak naik. Terpikir, kena sengat tebuan ke ni? Sakit dia bukan main… Macam kena tikam pisau bila disentuh!

Saya jenis kalau sakit, saya buat bodoh jer, sebab bagi saya mindset kita yang kawal kesakitan ni… Jadi saya abaikan.. saya buat kerja seperti biasa, petang tu saya terpikir nak tengok bintik tu, terkejut saya! Dia dah jadi hitam sebesar 50 sen! PERGGGGG apa benda ni? cepat betul daging tu MATI!!

Saya terdiam, saya mimpi kot… hentak dahi kat dinding, aduh sakit giler… pandang luka, tengok luka masih ada apa benda ni? Sepanjang 9 tahun saya jadi JURURAWAT, tak pernah saya nampak penyakit ni! PELIK ! ANEH !

Dia tak sakit kalau tak disentuh, disentuh walau sikit dia punya sakit saya tak boleh nak CERITAKAN. Jadi saya abaikan, mungkin saya mimpi kot, mana mungkin bisul boleh jadi secepat ni merebak.. banyak jenis BISUL dah saya jumpa… tapi saya tak rasa ni bisul!

Saya telan panadol saya tutup luka tu dengan gauze balut pakai bandage. Ok good nite everyone!! SENANG KAN HIDUP LELAKI NI?

Esok pagi saya bangun macam biasa, try bukak luka tu… TERKEJUT SAYA!!!!

LUKA JADI LUBANG SEBESAR DUIT SERINGGIT KERTAS!!!! nak pengsan saya waktu tu… pengsan bukan sebab SAKIT dia! Pengsan tengok luka saya tu dah boleh nampak TULANG!!!!

PAGI semalam baru bintik halus jerawat! PAGI NI DAH BERLUBANG NAMPAK TULANG!!! WTF!!!

APA BENDA NI WOI !!!!

Saya dah mula paknik !!! korang tau tak… lubang tu dipenuhi dengan daging segar HANCUR!! kira korang tau tak.. dalam LUBANG LUKA TU kita boleh celup jari kita didaging betis yang HANCUR!!!!

Aku kena MAKAN ngan apa ni??

Hidup-hidup aku kene MAKAN???

SERIAU SAYA WAKTU TU

SAYA DIAM BERTAKAFUR… Ok saya bersihkan luka tu… darah saya dah hilang rasanya, pucat saya waktu tu!

Saya kata kalau malam ni jadi lebih teruk , saya nak ke HOSPITAL!

Saya telan panadol, saya tidur… dengan harapan, ni semua mimpi buruk… bangun saya menguap dengan menggeliat!!! arrhgg sedapnya tidur… biasalah orang berniaga. Nak gi keje suka hati saya hahahah kalau time tu saya jadi nurse mesti saya dah melompat atas katil hahaha

Tak rasa SAKIT tak rasa DENYUT macam biasa sebelum ni… oklah..saya selak lah selimut saya…

RASA NAK PENGSAN TENGOK KAKI SAYA…

Kaki saya sebelah kiri sebesar

BATANG PISANG !!!!

OMG!! (tiru adik saya yg selalu tengok cerita korea)

WHAT THE HELL IS GOING ON!!!

Terus saya call Aliff Ortega sebab dia yg buatkan insuran saya.. Saya cerita apa yang berlaku… tapi dia kata saya mimpi kot malam-malam ni, saya jerit.

TIDAK! aku kene makan dengan HANTU RAYA ni kau tau tak!!! dia makan betis aku macam makan peha ayam KFC!!!

Alip kata dia akan rujuk senior dia, saya cakap terpulang kau nak call siapa aku kena pergi cepat hospital! Aku kena makan hidup-hidup sekarang ni… Ada JIN MATA TONCET kat kaki aku ni!!

Terus saya call staff saya bawak pergi hospital.. on the way hospital tiba-tiba bulu roma saya meremang!!! Saya dah tak sedap badan… Entah macam mana badan saya menggigil!!! pergggg!! kenapa ni saya MENGGIGIL…

Saya tanya staf saya di hadapan, sebab saya baring di belakang… Boss lah katakan… hahahah saya tanya dia kenapa saya menggigil sejuk sangat ni? Tak tahan sangat! Dia jawab

“Oo baru servis aircond BOSS pagi tadi, ni saya try bukak full”

CILAKA BETUL SAYA JERIT!!

Sampai hospital… dari buat pemeriksaan… doktor kata dah berapa hari ni? ada tak dalam 2-3 minggu? Kenapa dah parah macamni baru nak datang? dia mula membebel…

“2-3 minggu? “

“Dr! Benda ni berlaku SEMALAM! bukan 2-3MINGGU!”

Dia kata tak percaya… saya jawab KEPALA HANGGUK KO!! sebab saya terlalu sakit! emosi saya dah tak boleh kawal!! check temperature, 40 darjah Celsius !!! kenapa saya demam tak rasa? Patut lah saya menggigil sejuk bagai!! ingat aircond!

Kena emergency operation

Ambil blood test (ni paling saya seram, sebab saya ada satu penyakit fobia pada jarum)

Erythrocyte sedimentation rate (ESR), C-reactive protein (CRP) 
Plasma viscosity (PV)
Complete blood count(CBC)
Hep C test

Entah apa lagi pun aku tak tau…atas tu saya main sebut jer sebab dah tak ingat

Saya admit wad, esok buat emergency operation!!

Bangun pagi buat OPERATION terus, doktor tanya nak LOCAL ATAU FULLY ANES? saya jawab tidur, saya mengantuk! Padahal saya takut kalau bius setempat. Kena jaga macho sikit, sebab nurse waktu tu… HALAMAK… cun woiii… ???

Bangun operation, saya kata dengan Dr, saya nak balik awal, binatang saya banyak nak jaga… doktor tak benarkan, tunggu blood test, dia kata blood test petang dapat.. 10 hari kat sepital

Ok doktor Cina yang hensem! Baik ooo dr ni…

Dapat result, doktor kata

“Pelik tak ada sebarang infection, virus atau bakteria.”

Apa!!! Tak ada sebarang infection!!! WHAT THE HELL!! Abis tu apa yang makan kaki saya ni??

Ok abaikan.. 10 hari pas tu balik umah dengan kaki yang sakit infection saya rehat.. seminggu saya boleh jalan macam biasa dah!!!

Yeyeyeyeyeeyey hahahahha

Petang nak ke senja hari yang sama saya boleh jalan tu… saya terperasan, ada dua jerawat kecik muncul kat betis saya… saya amati dalam-dalam… eh? Takkan jadi lagi? Bukan dah makan antibiotik ke seminggu ni?

Jerawat tu muncul ngam-ngam antibiotik habis! Saya rasa guna jari… aduh sakit gila!!! sama macam yang 1st! Hati tak sedap…PERASAAN KOT?

Saya diam, saya pejam mata… tertidur rupanya, terbangun esok pagi, terus pergi toilet… dalam perjalanan tu, bibik saya tanya,

“Abah, kaki abah berdarah banyak tu, menitik-nitik” saya pandang… alahai… nak pengsan rasanya

DUA LUBANG SEBESAR 50sen muncul!!!

Terus saya panggil bibik, kemas baju, kita pergi hospital!!! sampai hospital, saya cakap dengan doktor tu, saya nak emergency operation!

MALAM NI JUGAK! kalau tak esok dia akan jadi lebih besar! Doktor on call bincang dengan doktor previous doktor Cina tu.

Ok EMERGENCY OPERATION malam tu jugak… saya dibuat pelbagai blood test!

Jawapan? sama jugak…

SEMUA NEGATIF! Korang rasa camner? mesti kaki aku kena makan dengan hantu kan?

“Sama lah macam saya rasa”

Dua minggu doktor tahan saya, saya cakap nak blah dari hospital cepat-cepat..

Saya balik makan antibiotik macam biasa… seminggu berlalu…

Malam waktu saya cuci luka seperti biasa, saya terpandang dua jerawat kat keting(atas betis)

“Dalam hati, terpikir…takkan setiap kali habis antibiotik muncul balik?”

Ambil jarum, tikam jerawat guna jarum!! pergggg sakit dia nak menangis woi..!!

Saya tikam bertubi2 sambil gelak

“Hahahha MATI KO HANTU RAYA!!! “ otak saya dah tak siuman waktu tu…

Esoknya.. tengok kaki…PENGSAN SAYA sekali lagi!!!

Dua lubang atas keting!!!!! WHF is this!!!

Terus google, cari ustaz terhebat di Malaysia! ok fine semua cerita pasal Darul Syifa! on! saya pergi Kajang sebab sana ada cawangan!!

Sampai sana tunggu giliran, nombor dipanggil saya masuk, saya beri salam, saya pelik , kenapa dari tadi ustaz tu pandang BELAKANG SAYA???

“USTAZ, kenapa USTAZ asik pandang BELAKANG SAYA?”

Saya bertanya sebab saya pelik sambil dia baca ayat, dia pandang belakang saya.. hati saya dah tak sedap!

Dalam hati saya berkata

“Woi orang tua! ko jangan takutkan aku!! Dahlah saya ni penakut!!!”

Dia jawab dengan perlahan… saya kurang jelas… saya tanya lagi, ustaz cakap apa? dia tarik saya bisik kat telinga saya

“Belakang tu isteri awak ke? molek orangnya…”

ISTERI?? isteri saya kat kampung!!!! ARGGGGGG!! kenapa jadi macam ni!! aduh nak toleh takut!!! tapi kuatkan hati toleh!!!

TERKEJUT SAYA! staff saya belakang saya!! awak buat apa belakang saya? kan dah suruh tunggu luar? buat takut jer awak ni!

Habis rawatan, ustaz tu cakap, saya tiada gangguan, tiada apa-apa berkaitan sakit spiritual! bagus betul ustaz ni jujur!

Ok nice… pergi hospital! macam biasa EMERGENCY OPERATION! doktor bingung kenapa penyakit saya ni boleh terjadi kerap dan daging tu boleh hancur cepat! Tiada infection, virus mahupun bakteria!!

PAKAR INFECTION dari hospital pakar infection SUNGAI BULUH dipanggil, dua doktor merawat

Pakar ortopedik dan pakar infection! Yeah! gabungan mantap!

Saya tanya doktor “Ada apa-apa yg pelik tak sewaktu OPERATION” yerlah kot-kot waktu tu dia keluarkan 
patung ke? jarum ke? Telur ke? Benang ke? Mana tau kan? Dia jawab ada! haaaaaa!!! ADA??? apa dia?

“Ada lubang yang menghubungkan semua luka-luka ni, pastu macam ada satu benang saya tarik”

Siot!!! apa KEJADAH tu?

Saya balik, habis kan antibiotik… seperti dijangka… hari ke 7 selepas habis antibiotik! muncul 1 jerawat…

Saya tak pikir panjang saya kemas baju, tapi bukan ke hospital, tapi ke Kelantan jumpa anak! Saya rasa waktu tu saya akan mati dalam masa terdekat! Pergi balik ambil masa dua hari, 1 hari stay sana, tak pernah 3 hari saya biarkan… selalu 2 hari jer… kaki saya bengkak macam batang PISANG TANDUK! besar teramat!! pastu tak boleh nak bengkok dah!!

Jumpa seorang pakcik

Ok ni cerita MISTERI YG PALING ANEH!

Dalam perjalanan balik, saya rehat dekat RnR, waktu rehat ada sorang pakcik ni asyik-asyik pandang saya! hati tak sedap!! saya tanya dia,

LU APA HAL BRO? Tak puas HATI lu cakap!!! sambil gelak2!!!

Ok tu tipu… ni yg betul

Asalammualaikum pakcik, nak tanya kenapa pakcik asyik pandang saya?

Dia jawab apa tau?

“KAKI TU KENE PENYAKIT SUMPAHAN RAJA SATONG KE?”

APA kejadah SUMPAHAN RAJA SATONG TU!!!

Dia jawab 10 tahun lepas dia pernah kena… sakit yang teramat! kaki bengkak dalam masa 2 hari, DAGING HANCUR, dia ikat kaki dia pastu dia korek pakai sudu dengan PISAU!! menjerit-jerit di sakit katanya…

Pastu dia pesan, hati-hati waktu korek, nanti akan nampak benang, tarik benang tu PERLAHAN-lahan sampai habis! sebab benang tu dia yg bersambung kat semua lubang tu! pastu siram dengan minyak PETROL!

PETROL! pakcik bakar KAKI pakcik ke???

Tak PETROL tu gantikan ALKOHOL kalau tak ada… perg hebat pakcik ni

PERSOALAN ? ADA BENANG? ADA LUBANG?

SEBIJIK sama dengan apa doktor TU SEBUT!

SUMPAHAN RAJA SATONG NI penyakit yang nama lain adalah RAJA BISUL.. ni apa pakcik tu cakap lah.. nama raja satong tu sebab bisul ni makan semua daging RAJA tu sampai raja tu MATI!

APA MATI!!! oh no! anak saya kecik lagi…

Masuk hospital… kali ke-4! saya request 3 DR untuk merawak saya! Dr berpangkat DATO turun merawat.

OPERATION, then recovery, cuma kali ni dia bagi antibiotik 2 minggu…

Alhamdulilah … tu yg terakhir muncul! saya whatapps 3 Dr tu

“SUMPAHAN RAJA SATONG DAH BERAKHIR”

Diorang jawab apa korang tau?

“Apa awak merepek ni?” next week datang appointment jangan lupa

Ok DR! hahahah appointment seperti biasa 3 DR tu keep tanya saya kenapa boleh jadi penyakit ni? sebab semua blood test dah dibuat.. tapi semua negatif!

Saya jawab MISTERI NUSANTARA, SEHINGGA KITA BERJUMPA LAGI, sambil saya melambaikan tangan hahahahha

Tapi syukur saya dah sihat harini

Thanks dr, thanks Alip uruskan insuran!

Thanks pakcik MISTERI! thanks semua staf saya

Jumlah keseluruhan bill hospital saya lebih rm170 ribu tapi biasalah

“WELL INSURAN KAN ADA” Ambil insuran nasihat saya, walau kaki korang kene makan ngan hantu pun insuran cover korang tau tak?

Sumber: Khairul Johari

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment