Dai Wan Dazrin Masuk Campur ‘Drama’ Caprice & PU Amin

Sebuah status di muatnaik PU Amin menerusi laman Twitter telah mengundang pelbagai reaksi dan pendapat netizen. Ramai yang kurang setuju dengan kenyataan PU itu yang disifatkan kurang sensitif dengan apa yang sedang berlaku di Indonesia ketika ini.

Artikel berkaitan: Tuduh Indonesia Kerap Dilanda Bencana Kerana Maksiat, PU Amin Teruk Kena ‘Sekolah’

Status itu turut mengundang reaksi berbeza daripada selebriti tempatan antaranya penyanyi rap Caprice. Tidak berhenti disitu, mereka berdua kelihatan saling berbalas kenyataan di media sosial terhadap perkara ini. Da’i Wan Dazrin menasihati agar kedua mereka berdamai.

Kalian berdua ‘Figure Islam

Towards both of you, my beloved brothes @pencetusummah_amin@capriceofficial . Enough is enough. Bersatu kita sesama Islam, memaafkan selalu kita sesama Islam. Tersilap itu biasa, namun memaafkan kesilapan itu luar dari kebiasaan. Itulah cara Nabi kita Muhammad saw dan itulah Islam. Tunjukkan pada dunia luar. Kita bersatu bukan dalam dunia realiti sahaja, bahkan dalam medan dunia maya ini. Tetapi ingatlah selalu, ia dimulai dari kita terlebih dahulu, figure Islam yang dikenali. Maka hati-hati dengan setiap apa yang kita “Post”, kerana itu disitu ada rantaian fitnah yang boleh tercipta.

Di sini daku tinggalkan kalam Rasul kita sebagai penutup pada nasihat ku ini.

Sabda Nabi saw: “Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi di dalam syurga bagi orang mempunyai budi pekerti baik.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Yang benar, Da’i Wan.

Kita sepatutnya berdoa

Bagaimanapun, PU Amin dan Caprice difahamkan telah berbaik semula dan meminta maaf sesama sendiri. Tambahan lagi, Caprice juga meminta Da’i Wan Dazrin untuk menegur rakan seperjuangannya itu supaya lebih menjaga sensitiviti keluarga mangsa bencana alam di sana.

Dia perlu berhenti menganggap orang ramai menentang Islam hanya kerana kita tidak setuju dengan cara dia dan posting itu dikongsi pada masa yang tidak sesuai.

Ya, kami semua faham mengenai bala. Namun saya hanya menyuarakan sensitiviti untuk mangsa dan keluarga yang baharu sahaja kehilangan orang tersayang. Harap anda boleh menasihati dia.

Sumber: Da’i Wan, mStar, Caprice

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment