Pemilik kereta di Malaysia tentu dah cukup ‘masak’ dengan masalah headlight kereta yang mula kusam dan tidak secerah ketika awal dulu. Yalah, asyik terdedah pada hujan panas, bahagian luaran kereta akan menjadi kusam.
Bila dimakan tahun, lapisan coating, wax atau sealant yang melindunginya semakin menipis atau tertanggal. Maka, terjadilah proses pengoksidaan sehingga terdapat kesan kekuningan pada lampu tersebut. Ia bukan saja menjadi kurang cantik, tapi juga kabur dan boleh membahayakan keselamatan pemanduan, terutamanya pada waktu malam sebab lampu boleh menjadi kurang terang.
Kilatkan lampu kereta kuning bajet bawah RM15
Seorang netizen, Khairul Anwar Tumingan berkongsi tips untuk mengilatkan lampu kereta dengan mudah dan murah.
Hari ini saya nak share macam mana saya gilap headlight yang dah kuning dan kusam dengan modal tak sampai RM15.
Sebenarnya memang ada macam-macam cara dan produk yang boleh digunakan. Tapi apa yang saya kongsikan ini antara cara yang paling berhasil yang pernah saya cuba. Yang penting, kena gigih sikit menggosok ya!
*ini untuk headlamp plastik sahaja
Bahan yang saya gunakan adalah:
- Kertas pasir gred 600
- Kertas pasir gred 1000
- Autosol metal polisher (Boleh cari di kedai hardware. Harga sekitar RM8 – RM12)
Inilah 3 bahan yang digunakan. Modal keseluruhannya tak sampai pun RM15. Ok, jom kita tengok cara-caranya pula.
Gambar di atas ni adalah lampu asal yang dah menjadi kekuningan dan kabur.
Buang lapisan kuning dengan kertas pasir gred 600
Mula-mula, ambil kertas pasir gred 600 untuk buang lapisan kuning dan kabur. Gosok dengan menggunakan air. Masa ni nampak kesan kotor dan kuning tu tertanggal.
Lap & keringkan
Setelah gosok, lap dan keringkan. Pastikan kesan kuning dah berkurangan.
Gosok dengan kertas pasir gred 1000
Seterusnya, gosok dengan kertas pasir gred 1000 pula. Boleh juga nak gunakan gred 1500 atau 2000. Caranya sama, gosok dengan menggunakan air.
Lap & keringkan
Lepas tu lap dan keringkan macam tadi. Ini hasilnya selepas digosok dan dikeringkan sekali lagi.
Gilap dengan autosol metal polisher
Ini yang saya pakai, Autosol Metal Polisher. Picit sedikit pada lampu dan gosok menggunakan kain.
Tengok, ni baru gosok sikit dah nampak clear, kan? Teruskan menggilap sehingga clear dan cerah.
Siap! Inilah hasilnya…
Ini hasilnya setelah saya gilap lebih kurg 1/2 jam.
Berkesan, kan? Lampu kereta yang kekuningan tadi dah nampak macam baru. Memang berbaloi! Tengok perbandingannya sebelum dan selepas saya kilatkan tadi.
Jadi lepas ini bolehlah kilatkan lampu kereta sendiri saja di rumah. Bahaya biarkan lampu kereta yang kusam dan kekuningan. Bila lampu kabur, takut orang lain tak nampak kita dengan jelas. Insha Allah boleh guna cara begini, mudah dan jimat.
Selamat mencuba!
Sumber: Khairul Anwar Tumingan
0 comments :
Post a Comment