Muntah atau alahan itu adalah perkara yang biasa ketika sedang hamil. Setiap wanita mempunyai pengalaman yang berbeza ketika mengalami alahan. Ada yang mengalami alahan yang teruk sehinggakan mereka tidak dapat melakukan pekerjaan atau tugasan harian mereka. Namun, alahan ketika hamil ini boleh diatasi dengan cara mudah ini.
Gambar: Shutterstock
- Kerap makan dan minum, tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Lebih kurang lima hingga enam hidangan kecil sehari. Ini untuk memastikan anda mengambil air dan makanan yang cukup untuk kandungan. Selain mengelakkan daripada perut masuk angin.
- Makan sebaik selepas makan bangun tidur biasanya membantu. Contohnya, makan beberapa keping biskut dan rehat 15 minit sebelum bangun dari tempat tidur.
- Terus makan sesuatu makanan apabila mengidamkannya (teringinkannya).
- Elakkan makan makanan berminyak, pedas atau bergoreng. Ini baik untuk mengelakkan pedih ulu hati.
- Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya.
- Elakkan minum air dengan banyak sewaktu makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan
- Minum di antara hidangan untuk mengurangkan muntah. Mengambil halia seperti teh, halwa dan kapsul terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah sewaktu hamil.
The post Cara Mudah Atasi Alahan Ketika Hamil appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment