Setiap malam selepas matahari terbenam bermula dari 28 September sehingga 31 Oktober 2018, anda yang ingin menguji keberanian boleh cuba tarikan terbaru daripada Sunway Lagoon Nights of Fright 6 (NOF6), festival terbesar dan menakutkan kini kembali di Malaysia!
NOF6 akan dimulakan pada jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam setiap hari Jumaat hingga Ahad. Tiket berharga RM69 (harga normal)
Antara tarikan menarik NOF6 adalah:
Wendigo: The Legend In The Mist- melangkah masuk ke dalam dunia Wendigo untuk mencari raksasa mitos yang menyeramkan. Dalam kisah dogeng, Wendigo muncul sebagai semangat kanibal yang gemar memakan manusia. Wendigo dikatakan mempunyai keinginan pada daging manusia dan kelaparannya itu tidak boleh dipuaskan, tidak kira berapa banyak mereka makan. Mereka akan sentiasa lapar dan mereka inginkan anda sebagai makan malam.
Phobia: Coulrophobia- The Fear of Clowns- tarikan ini pasti akan menakutkan anda yang mempunyai fobia terhadap badut. Imej menyeramkan mereka pasti akan bermain di dalam kepala anda. Langkah masuk ke dalam rumah yang dipenuhi dengan badut yang sedang menanti anda. Fikir semula jika anda rasa badut itu sangat menyeronokkan.
SlaughterHouse 13- Beranikah anda untuk menjejakkan kaki ke rumah penyembelihan dan pembungkusan daging Chan yang dikatakan sudah lama ditutup dan ditinggalkan selepas salah seorang pekerja, Lee Lee Choong menemui badan yang sangat kurus tergantung pada cangkuk di dalam peti sejuk SlaughterHouse 13? Ramai yang beranggapan itu adalah mayat anak pemilik iaitu Calvin Chan yang dikatakan hilang secara misteri beberapa bulan selepas bertengkar dengan ayahnya.
Zombie Zoo- Bayangkan diri anda dikelilingi oleh haiwan dan manusia yang telah bertukar menjadi zombie. Sesuatu telah masuk ke dalam zoo bawah tanah yang terletak jauh di kawasan pergunungan. Semua haiwan dan manusia yang berada di dalam zoo ini berada di luar kawalan dan mereka bersedia untuk menakutkan sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di zoo tersebut.
The Theater Scarytales- Tiada apa yang lagi menyeramkan daripada mendengar atau menonton kisah seram. Duduk di dalam pawagam lama dan dengarkan kisah seram seperti Pontianak, Toyol dan Pocong ditemani dengan suara mengilai yang mengelilingi anda kerana mereka akan menemani anda sepanjang malam.
Horrorwood Studios Wax Museum of Monsters- Datang melawat muzium yang dipenuhi watak filem yang paling menakutkan sepanjang masa. Ini bukan muzium malam yang biasa, bayangkan watak seram seperti Jason, Freddy, Billy dan Michael Myers sedang memerhatikan anda sepanjang malam anda di muzium ini.
Jampi– Rasai pengalaman terkena sumpahan daripada bomoh atau dukun apabila ritual jampi gagal. Saksikan secara langsung bagaimana dukun, bomoh, salem, penyihir dari India dan Cina melakukan ritual dan jampi yang pasti akan buatkan anda rasa seram.
The post Cabar Keberanian Anda Di Sunway Lagoon Nights of Fright 6 appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment