Apabila Admin Jalan-Jalan Di Korea Selatan Terjumpa Pula ‘Ombak’

Admin yakin ramai antara kita gemar menonton drama Korea dan sememangnya mahukan feeling berada di negara Korea Selatan bersama oppa kesayangan mereka. Korea Selatan bukan sahaja dapat perhatian dalam dunia hiburan malah, kecanggihan teknologi, keindahan panorama dan budaya negara ini telah berjaya memikat hati kita semua.

Baru-baru ini, admin berpeluang terbang ke Korea Selatan bersama 28 orang media Malaysia. Buat pengetahuan anda, perjalanan kami selama 4 hari 3 malam ini telah ditaja sepenuhnya oleh COWAY dan kami juga berpeluang berjumpa sendiri dengan Ceo COWAY Korea dan melihat proses pembikinan pelbagai produk di bawah jenama COWAY ini.

Dengar cerita, COWAY akan lancarkan produk penapis air baru dan hanya terdapat di Malaysia saja! Agaknya apa produk penapis air terbaru itu ye? Jom ikuti pengalaman trip media kali ini ke Korea Selatan bersama COWAY Live Pure!

Annyeong…

Bila bercakap mengenai Korea Selatan, pasti ramai antara kita takkan terlepas untuk menikmati makanan tradisional Korea. Sepanjang keberadaan kami di bumi Korea, kami disajikan dengan pelbagai makanan seafood. Antara makanan yang menjadi identiti Korea ialah kimchi, pancake telur dan mee sup dengan kuantiti yang agak banyak.

Kami juga turut dihidangkan masakan laut yang lebih menarik dan segar! Jika anda berpeluang datang ke Korea, pastikan anda dapat menikmati isi ikan dan ketam yang lembut. Begitu juga kerang, lala dan tiram mempunyai isi yang cukup padat.

Gomawo ajumma…

Ketuk-ketuk dram

Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari muzik tradisional Korea jika anda ke Seoul. Setibanya kami di Nanta Drum Lesson ini, kami berpeluang untuk mempelajari muzik dram dan teknik lempar piring dengan cara yang betul. Salah seorang jurulatih mengajar kami bermain dram tradisional mengikut rentak lagu Oppa Gangam Style. Sesi ini sangat menghiburkan.

Maklumlah, ramai di antara kami tidak tahu langsung bermain alat muzik apatah lagi alat muzik tradisional. Sampai stress jurulatih itu semasa mengajar kami.

Apa yang lebih menarik lagi adalah apabila kami diberi peluang untuk mempelajari kaedah lempar piring dengan cara yang stail habis! Siap ada pertandingan lagi untuk memungut mata dalam menentukan kumpulan juara.

Bergaya sungguh pakai Hanbok

Pakaian tradisional Korea, Hanbok pasti menjadi tarikan buat pelancong yang sudah tiba di negara ini. Ramai antara kita yang mahu mengenakan pakaian tradisional ini. Selalunya, pelancong perlu menyewa Hanbok dan dibenarkan bergambar sepuasnya tetapi kami tidak perlu menyewa Honbok ini kerana Coway memberi kami peluang bagi merasai keunikan busana ini secara percuma.

Lebih menarik lagi, seni reka bangunan di belakang saya ini sangat klasik dan turut mempamerkan nilai estetika tradisional Korea. Ditemani lampu, tulisan asli Korea dan keindahan panorama malam membuatkan malam ini menjadi saat terakhir yang penuh bermakna di bumi Korea.

Tips bercuti di Korea pada musim luruh

  1. Pastikan anda bawa bersama baju sejuk kerana suhu pada musim luruh ini sekitar 10C hingga 20C.
  2. Bawa bersama lotion dan lips balm bagi mengelakkan permukaan kulit dan bibir anda terlalu kering.
  3. Bagi pengetahuan anda, zon masa di Korea adalah lebih cepat 1 jam berbanding masa di Malaysia.
  4. Mereka menggunakan bahasa Korea sebagai bahasa penghantar. Jarang sekali rakyat mereka boleh berkomunikasi dalam English secara lancar.
  5. Admin yakin pasti antara anda perlukan internet di masa saja anda berada. Jadi, anda perlu sewa broadband atau beli saja sim kad di sekitar terminal lapangan terbang di sana.

Hwan-hyeong ke Korea

Bagi pengetahuan anda, kami terus di bawa ke Coway Research & Development (R&D) setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Di sana kami berpeluang meluangkan masa bersama Ceo Coway Korea, Mr. Harri Lee Hae Sun dan Pengarah Perniagaan Global, Mr. James Park Jae Young.

Mereka kongsi keistimewaan produk Coway sehingga berjaya memikat hati ramai pengguna termasuk dalam dan luar negara.

Air Coway memang segar dan nyaman!

Makmal proses Research & Development

Kami juga di bawa masuk melawat ke dalam makmal saringan kualiti air berasaskan penapisan air Coway ini. Di sini, kami boleh menyaksikan proses saringan kualiti air secara dekat dan paling penting adalah kami diberi minum air Coway yang segar!

Memang nyaman!

Antara produk di bawah jenama Coway

Terdapat pelbagai produk yang telah dipasarkan di bawah jenama Coway ini dan antaranya ialah penapis udara, bidet tandas, mesin urut elektrik, tilam, mesin pembancuh kopi dan penapis air.

Malaysia bakal dilanda ‘Ombak

Mr. Harri Lee Hae Sun

Turut diakui, prestasi Coway Malaysia merupakan yang terbaik dalam kalangan anak syarikat Coway di luar negara dan ianya telah mengatasi China, Thailand dan Amerika Syarikat. Menurut Ceo Coway Korea, beliau menegaskan produk penapisan air Ombak ini dapat memudahkan penggunaan setiap dari kita. Di mana ianya dicipta butang untuk menentukan suhu air.

Ombak direka khas untuk rakyat Malaysia seiring dengan cuaca di garisan zon Khatulistiwa dan bagi memenuhi keperluan pengguna daripada membancuh kopi kepada merebus telur dengan sempurna. Menurutnya lagi, Ombak yakni mendapat kelulusan sijil Halal dari Bahagian Hab Halal JAKIM. Malah, pengguna sendiri boleh menetap suhu air yang diinginkan sehingga 90C tanpa mencampurkan air panas dan sejuk secara manual.

Penapis air ‘Ombak‘ bakal dilancarkan November ini

Antara kumpulan media tempatan turut menyertai trip Coway

Kilang Yugu

Sementara itu, kami dibawa ke kilang Yugu, Seoul dan di sini kami berpeluang untuk melihat sendiri proses pembikinan penapis air ‘Ombak‘ di bawah jenama Coway. Pemasangan produk Ombak sepenuhnya diproses dan dijalankan di Kilang Yugu ini.

Proses pemasangan Ombak

Karbon menapisan air mendapat kelulusan sijil Halal

Pemasangan wayar pada bahagian dalaman produk

Pematerian wayar

Produk perlu dicuba terlebih dahulu fungsinya sebelum lulus ke proses pembungkusan

Ombak sedia untuk dipasarkan

Annyeong Korea…

Sekali lagi, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Coway kerana melayani kami dengan baik sepanjang keberadaan kami di bumi Korea. Pengalaman dan keindahan ini akan kami sematkan dalam memori sebagai kenangan terindah dalam hidup.

Jadi, anda jangan lupa untuk mendapatkan Ombak pada November ini. Kamsahamidaaa…

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment