2018 menjadi tahun bertuah buat kumpulan Ruffedge. Setelah mendiamkan diri begitu lama, mereka kembali menghangatkan industri hiburan tanah air. Keenam-enam ahli kumpulan Ruffedge – Zain, Azan, Amer, Cat, Mode dan Sein telah melalui pelbagai fasa kehidupan dan dilihat lebih maju daripada segi kerjaya mahupun kehidupan peribadi.
Kini, Ruffedge bergabung bersama jenama fesyen terkenal, aere yang membuahkan koleksi fesyen lelaki bernama #aereMENxRUFFEDGE! Koleksi ini telah memulakan langkah pertama pada konsert ulang tahun ke-20 Ruffedge yang bertempat di Singapura pada 6 Oktober lalu. Mereka semua digayakan dengan pakaian #aereMENxRUFFEDGE sepanjang berlangsungnya konsert. (Baca: http://herinspirasi.com/gaya-hidup/da-bomb-ruffedge-gegarkan-kota-singa/)
Koleksi ini mengangkat potongan yang kemas dengan gaya minimalis lelaki sejati. Daripada pakaian kasual kepada formal, #aereMENxRUFFEDGE sesuai untuk kaum Adam moden yang mementingkan penampilan segak bergaya, namun masih mengutamakan keselesaan maksimum.
aereMEN sebelum ini telah menjadi sebahagian daripada koleksi aere’s Eid. Kolaborasi istimewa bersama Ruffedge ini menjadi satu langkah baru bagi mengembangkan lagi sayap jenama fesyen tempatan dalam mengeluarkan variasi persalinan berkualiti tinggi dengan harga mampu milik.
Bekerja bersama Ruffedge dalam menghasilkan koleksi ini cukup mudah dek personaliti serta karakter anggota kumpulan ini yang versatil. Ruffedge sentiasa membawa imej kemas dan bergaya, yang kemudiannya ciri ini diserapkan ke dalam setiap helaian fesyen #aereMENxRUFFEDGE.
Pengarah Kreatif aere, Raja Nadia Sabrina akui dia juga membesar dengan mendengar lagu dendangan Ruffedge. Dia berkata, “Saya mengenali Ruffedge sejak remaja lagi, sebagai pemuzik terkenal dan individu. Saya bangga melihat perkembangan mereka. Daripada artis muda dan mula mencetus fenomena, mereka semuanya berjaya untuk kekal relevan dalam industri. Ruffedge bukan hanya mencerminkan muzik, malah lebih daripada itu. Imej mereka melampaui selera fesyen mereka. Setiap ahli Ruffedge membawa kisah tersendiri dan aura yang positif. Keunikan ini yang memberi inspirasi kepada aere.”
Koleksi ini telah boleh anda dapatkan secara eksklusif di semua cawangan FashionValet dan juga dalam talian!
The post #aereMENxRUFFEDGE – Gaya Kasual & Formal Buat Lelaki Sejati appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment