5 Resepi Masakan Thailand Yang Mudah & Sedap, Yang Last Tu Terangkat!

Setiap orang mempunyai masakan kegemaran mereka sendiri, tapi kami yakin masakan dari Thailand pasti menjadi pilihan. Tak hairanlah kalau di Malaysia ini kedai masakan Thailand sering dikunjungi ramai pelanggan. Setuju?

Kebiasaanya menu yang wajib dalam pilihan korang pastilah Tomyam kan? Kali ini kami nak kongsi beberapa masakan lain ala Thai yang boleh korang buat sendiri kat rumah. Bukan susah pun..

Kerabu Bihun

Masakan kerabu sememangnya agak sinonim dalam masakan Thailand. Kebiasaannya Kerabu Suhun menjadi kegemaran, tapi apa kata kali ini kita tukarkan suhun kepada bihun. Lebih puas dan sedap untuk dimakan. Kalau tak percaya, cubalah. Confirm buat lagi. Sudahlah mudah, sedap pulak tu!

Untuk resepi lebih lanjut : http://myresipi.com/recipes/kerabu-mihun-ala-thai

Salad Daging

Khas buat penggemar daging, apa kata kali ini korang cuba resepi Salad Daging. Bosan juga kalau asyik makan daging berkuah atau bakar kan? Kali ini Masakan ini boleh dikatakan agak lengkap kerana mempunyai sumber protein, karbo dan fiber yang baik. Yang paling penting, korang akan kenyang dengan adanya suhun sebagai tambahan bahan dalam masakan ini.

Untuk resepi lebih lanjut : http://myresipi.com/recipes/salad-daging-thai

Kari Hijau

Selain masakan tomyam, kari hijau juga merupakan antara makanan Thailand yang cukup terkenal. Mungkin bukan semua menggemari masakan ini, namun boleh dikatakan kari hijau ini seperti masak lemak di Malaysia. Rasanya pekat dengan rempah kari hijau membangkitkan lagi selera ketika makan. Kuah kari hijau ini boleh dikenakan dengan apa jenis lauk seperti Seafood, Daging, Ayam atau Sayur-Sayuran. Terangkat beb!

Untuk resepi lebih lanjut : http://myresipi.com/recipes/kari-hijau-thai-thai-green-curry

Ikan Kukus

Untuk mereka yang suka masakan jenis kukus, apa kata korang cuba Ikan Kukus Thai ini. Walaupun nampak biasa, rasanya sungguh luar biasa. Pilihan ikan mengikut citarasa korang, tapi untuk cadangan boleh pilih Ikan Siakap kerana isinya sungguh sedap dan manis. Masakan ini boleh dikategorikan masakan sihat kerana tidak menggunakan minyak. Dahlah sedap, sihat pulak tu! Jom cuba.

Untuk resepi lebih lanjut : http://myresipi.com/recipes/ikan-kukus-ala-thai

Spaghetti Seafood Thai

Siapa cakap masakan barat tak boleh dijadikan ala thai. Ini menu wajib memang confirm anak suka. Apa salahnya kita tukar selera dengan mencuba resepi pasta ini. Selain rasanya yang cukup sedap, resepi ini turut mudah dibuat. Tak adalah anak boring asyik tengok Spaghetti warna merah dan putih je kan?

Untuk resepi lebih lanjut : http://myresipi.com/recipes/spageti-seafood-ala-thai

Sumber : Myresepi

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment