5 Mainan Yang Sesuai Dengan Bayi Anda

Pada peringkat awal tumbesarannya, anak lingkungan usia ini lebih menghargai objek yang boleh dilihat dan didengar walaupun pandangannya tidak setajam penglihatan dewasa. Tumpuannya adalah bagi objek kira-kira lapan ke 14 inci daripada mata. Belikannya mainan yang bersesuaian mengikut ciri ini:

Gambar: Shutterstock

Yang boleh dipegang

Jarak penglihatan yang pendek buatkan anak anda lebih teruja dengan objek yang dekat. Walaupun tidak boleh memegang seperti kanak-kanak besar, tetapi dia akan menunjukkan keterujaan dengan cuba memukulnya.

Pemain muzik

Sememangnya anak kecil mudah terhibur dengan muzik. Cuba mainkan beberapa jenis muzik daripada rancak ke perlahan dan lihat reaksinya. Namun, berhati-hati dengan kekuatan bunyinya.

Mainan Gantung

Pilih yang mempunyai warna dan corak terang untuk mnarik perhatiannya. Biasanya bayi akan suka melihatnya terutama jika ia mengeluarkan muzik seperti yang boleh digantung pada rel katil bayi. Demi keselamatan, elakkan ia terlalu dekat sehingga bayi dapat mencapainya supaya ia tidak menimpa muka atau badannya.

Yang berwarna hitam, putih dan merah

Mainan atau tikar dengan rona kontras begini boleh mambantu mengembang dan merangsang perkembangan visual bayi anda.

Perangsang deria

Permainan yang boleh ditekan dan mengeluarkan bunyi mungkin tetalu kecik untuk bayi tetapi muziknya boleh menggembirakan anak usia begini. Mainan begini biasanya memerlukan pelaburan lebih sedikit kerana produknya tahan lama dan kental.

The post 5 Mainan Yang Sesuai Dengan Bayi Anda appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment