10 Minit Bersama Beto Kusyairy

Teks : Anis Hanini

 

Pelakon handalan ini kembali di kaca televisyen dengan drama siri Melayu pertama di iFlix – KL Gangster Underworld.

 

 

Drama enam episod ini mempamerkan dunia dan kegiatan kongsi gelap Kuala Lumpur. Dirakam seluruhnya di Malaysia, KL Gangster Underworld (KLGU) boleh ditonton secara percuma di dalam platform iFlix. Mempamerkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Azhan Rani, Nabila Huda, Hasrul Rahmat, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Fezrul Khan serta Daniella Sya, KL Gangster Underworld diarahkan oleh Faisal Ishak dan diterbitkan secara eksklusif oleh Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof dan Syamin Yusof.

 

 

EH! berpeluang untuk menemubual Beto Kusyairy yang membawa watak Shah dalam drama ini.

Boleh huraikan sedikit tentang watak anda dalam KL Gangster Underworld dan bagaimana anda mencari inspirasi dalam menjayakan watak ini?

Saya diberi tanggungjawab membawakan watak Shah, orang kanan kepada Ayah Zan iaitu ketua Geng Kampung Baru. Dia dibesarkan oleh Ayah Zan sejak kecil semenjak tragedi kematian ayah kandungnya dan begitu setia kepada prinsip dan falsafah kumpulan. Dia juga mempunyai seorang adik kembar bernama Shameen dan kedua-duanya cukup mahir dalam seni pertarungan serta punya ketegasan tujuan dan tekad dalam mencapai matlamat walau apa jua halangannya. He’s a very determined person. Shah ingin keluar dan ‘cuci tangan’ dari dunia gelapnya dan ingin memulakan hidup baru yang bersih daripada gangsterism bersama Elina tetapi terperangkap dengan helah dan agenda busuk Tauke. Untuk menjayakan watak ini, saya banyak menonton filem dan siri yang genre sama serta mengkaji pilihan-pilihan yang diambil oleh pelakon-pelakonnya. Inspirasi dan motivasi datang daripada cabaran dan cabaran paling utama adalah untuk menjadikan Shah ini manusia walaupun berstatus gangster dan bukan hanya suatu watak ciptaan kerana realitinya kemanusiaan tetap akan ada dalam setiap diri seseorang. Tidak pernah ada hitam atau putih. Yang ada hanya kelabu. Kelabu itulah inspirasi, motivasi dan cabarannya.

The post 10 Minit Bersama Beto Kusyairy appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment