‘Tusukan Dua Jarum Sebesar Dawai Pagar, ‘Tambat’ Diri Selama 4 jam Di Kerusi’

Bagi pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik, mereka perlu menjalani rawatan dialisis untuk menggantikan fungsi buah pinggang yang telah rosak. Dialisis adalah proses mencuci darah bagi membersihkan tubuh dari bahan buangan berbahaya.

Seperti yang diluahkan Cikgu Abd Ghani, beliau terpaksa berulang alik ke hospital 3 kali seminggu untuk menjalani rawatan ini. Selama 4 jam beliau menahan denyutan pedih aliran darah.

Menambat diri selama 4 jam

JANGANLAH ROSAK BUAH PINGGANG

Setiap hari Ahad, Selasa dan Khamis, saya wajib hadir di Hospital Pakar Metro, menambat diri selama 4 jam di kerusi dialisis ditemani misi yang mengulang pertanyaan sekali sekala “Pak Cik ok ka?” Satu pertanyaan routine untuk kepastian pesakit dialisis seperti saya tiada masalah. Tusukan dua jarum sebesar dawai pagar yang melekat di lengan menelan semua nikmat hidup, aliran darah serta denyutan pedih sudah menjadi mainan demi kelangsungan hidup, tetapi itulah satu satunya jalan yang ada. Ketika orang lain berebut meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja, saya dan isteri memandu ke hospital. Rasa takut sudah lama dihumban jauh demi kelangsungan hidup saya yang ibarat berulang membeli kehidupan sehari denga nilai tinggi RM 200. Jika tidak dibuat dialisis,i nsyaallah dalam seminggu berpindahlah jasad ini ke alam kubur.

Itulah routine hidup saya dan isteri serta anak 3 kali seminggu. Yang sakit seorang, yang terseret, anak isteri kerana menghantar dan menjemput. Seluruh jadual hidup keluarga telah berubah.

Ambillah pengajaran, kawal gula

Ambillah pengajaran, kawal pengambilan gula untuk mengelak kencing manis yang merosakkan buah pinggang. Kawal tekanan darah yang juga menjadi punca kerosakan buah pinggang. Ambil insulin jika anda telah terkena diabetes untuk mengelak kerosakan buah pinggang kerana menelan ubat yang lama akan membeban dan merosakkan buah pinggang. Kos rawatan yang amat tinggi (setahun RM32000) jika anda tidak dibayai kerajaan, perkeso atau insuran hayat.

Pada pembaca saya, ingatlah kami pesakit kegagalan buah pinggang membeli hidup dgn harga yg mahal sehari RM200 dan ditambat dikerusi selama 4 jam tanpa berubah. Anda menikmati hidup percuma, Tidak berbayar, tidak ditambat dikerusi, bangun pagi, lihat sinar mentari, berfikir untuk makan apa, buat apa yang di suka. Kami bangun pagi makan kena pilih, banyak yang tidak boleh, air sekadar sebotol mineral kecil untuk sehari, esok ke hospital lagi menadah lengan kepada misi. Manfaatkanlah waktu sihat dengan ibadat,  jangan lupa, suatu hari mungkin anda juga akan mengisi kerusi dialisis ini jika makan ikut menurut hati. Kepada rakan dialisis, buat apa menyambung hidup jika hanya untuk makan dan rehat sahaja, gunakanlah sehari yang dibeli dengan harga yang mahal itu dengan ibadat untuk kembali kepada Allah.

Maafkan saya, kali ini menulis cerita diri. Bukan minta simpati tetapi saya mengharap bait-bait kata saya ini menjadi satu peringatan kerana firman Allah ‘berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu berguna’. Yang telah ada diabetes, high blood pressure, patuhilah nasihat doktor. Sesungguhnya penyakit ini akan menyusahkan diri dan menyusahkan anak isteri/suami, menjadi ujian yang berat kepada mereka dan saya melihat banyak anak yang gagal mengharunginya, membiar ayah ibu dihantar oleh pemandu teksi atau grab ke hospital, tidak ditemani semasa dailisis dan….
ABD GHANI HARON

Sumber : Abd Ghani Haron

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment