Teks : Razin Mohd
Antara langkah penjagaan wajah yang paling mujarab adalah aplikasi serum, tidak kiralah dioles pada waktu siang juga malam. THE FACE SHOP ingin anda menerokai cara dan langkah aplikasi baharu dengan The Therapy First Serum!
Penggunaan serum dalam rejim kecantikan menjadi antara langkah penting dalam memelihara kulit untuk tampil lebih terhidrat, sihat dan berseri. Dalam pelbagai jenama dan rangkaian yang boleh didapati di pasaran hari ini THE FACE SHOP tampil selangkah kehadapan dengan satu serum berkuasa The Therapy First Serum yang bukan sahaja boleh diaplikasi dengan satu atau dua langkah, tetapi tujuh cara aplikasi yang boleh dicuba.
Istimewanya serum ini adalah dengan penggunaan fomular sea water blending yang sterusnya menghasilkan Frensh Thalassotherapy water, ia mengandungi sumber mineral yang tinggi seperti alga biru yang dikenali sebagai bahan anti oksidan. Bahan-bahan berkuasa ini mengembalikan keserian wajah dengan melambatkan proses penuaan kulit, merangsang tenaga pada kulit dan mengembalikan keseimbagan lembapan agar kulit tampak anjal dan jernih.
TUJUH CARA APLIKASI UNIK
1. SEBAGAI LANGKAH PERTAMA APLIKASI
Serum ini disarankan untuk dioles pada wajah selepas sahaja anda mencuci wajah, serum ini akan meresap lebih pantas dan mengimbangi semula khasiat yang diperlukan kulit.
2. TEKNIK 7 SKIN LAYERING
Khas buat kulit yang lebih terhidrat dan warna kulit yang lebih sekata and boleh aplikasikan tujuh lapisan serum menggunakan teknik popular di Korea yang dikenali sebagai ‘chok chok’ buat hasil kulit yang lebih anjal dan berseri.
3. APLIKASI PENGELUPASAN SEL KULIT MATI
Menggunakan pad kapas, luncurkan pada wajah bermula dari bahagian dalam ke sisi wajah untuk hasil pengelupasan yang ringan.
4. SEBAGAI APLIKASI PUPUR
Menggunakan helaian pupur pakai buang, basahkan pupur dengan The Therapy First Serum dan pakai selama 20 minit untuk kulit yang lebih terhidrat.
5. SEBAGAI APLIKASI PENYEMBUR WAJAH
Masukkan ke dalam botol penyembur wajah dan sembur sahaja pada wajah buat kesegaran sepanjang hari.
6. SEBAGAI APLIKASI AROMATERAPI
Menggunakan tuala lembap dan panas sembur serum ke atas tuala tersebut, tekap pada wajah dan tarik nafas dalam-dalam selama lima kali. Dengan cara ini anda bakal tampil lebih relaks dan tenang dengan haruman lavender.
7. SEBAGAI PENENANG STRES
Menggunakan pad kapas yang sudah diserap bersama The Therapy First Serum, letakkan di bahagian pipi dan dahi, biarkan selama dua ke tiga minit. Ini adalah antara cara efektif untuk menenangkan minda serta kulit yang kusam dan letih.
The post Tujuh Fungsi, Satu Serum Berkuasa appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment