Tatkala pelajar lain menarik nafas lega sudah tamat menduduki peperiksaan UPSR, adik Ameruddin sebaliknya sengsara menanggung sakit bengkak otak. Dia terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri tamat kertas pengajian Sains semalam. Screenshot whatsapp dari guru tersebut sangat menyentuh hati.
Sakit bengkak otak
BISMILLAH…
HARI INI Jumaat, 28 September 2018.
Saya nak share kisah semalam yang dikongsi oleh seorang guru yang tinggal di kejiranan saya.
Murid di dalam gambar ni adalah adik Mohd Ameruddin Bin Harli Azman, anak murid beliau, pelajar tahun 6 di SK Taman Bukit Subang.
Semalam, 27 September 2018 hari terakhir peperiksaan UPSR. Di saat anak-anak kita termasuk kita sendiri menarik nafas lega dan meraikan ‘kemerdekaan kecil’ anak-anak kita, adik Ameruddin sebaliknya sengsara menanggung sakit bengkak otak akibat jangkitan kuman yang dialaminya. Dia terus tak sedarkan diri sebaik tamat paper Sains semalam. Sekarang adik Ameruddin berada di HUKM untuk rawatan. Dia hanya tinggal bersama ibu dan 5 adik-beradiknya sejak kedua ibubapa mereka berpisah.
Sangat menyentuh hati
GAMBAR TERAKHIR: Screenshot wasap dari guru tersebut sangat menyentuh hati.
Mohon sesiapa yang sudi nak bagi sumbangan kepada keluarga ni, saya sertakan nombor akaun ibu kepada adik Ameruddin. Sesiapa yang nak hubungi sendiri keluarga beliau boleh pm saya untuk saya berikan contact number. Diizinkan share dan war-warkan kepada yang lain. Harap usaha kecil kita dapat membantu meringankan beban mereka. Budi baik kalian diucapkan ribuan terima kasih.
BSN 10100-29-00061635-2
Rosliza Abd Kadir
Ibu kepada adik Ameruddin Harli Azman
Sumber : Diana Azmar
0 comments :
Post a Comment