Siapa Iblis Bertelekung Dalam Munafik 2? Ini Wajah Sebenarnya, Cantik Banget Sih!

Siapa yang sudah menonton filem Munafik 2 pasti perasan kehadiran ‘iblis’ yang sering menghasut Ustaz Adam kan? Suaranya yang nyaring dan mimik muka yang menyeramkan membuat penonton meremang!

Siapakah dia? Dengarnya Weni Panca ini sudah biasa berlakon filem seram di Indonesia.

Baru dua tahun dalam bidang lakonan

Pelakon yang lahir pada tahun 1990 ini baru dua tahun menceburi dunia hiburan. Di Indonesia, filem pertama lakonannya iaitu Missing You pada tahun 2016 telah memikat hati penonton.

Terkenal sebagai pelakon filem seram

Selepas Missing You, Weni tampil pula memegang watak seram dalam filem Rasuk yang ditayangkan Jun lalu. Semenjak dari itu, dia mula dikenali sebagai pemegang watak filem seram.

Weni juga mengaku banyak belajar mendalami watak dari aktress legenda Indonesia iaitu Suzzanna.

Lagi foto

Di media sosial, Weni mempunyai lebih 40k followers dan khabarnya sudah berkahwin.

Dalam filem Munafik 2, Weni berperanan sebagai wanita iblis yang sering menghasut dan mengelirukan Ustaz Adam.

Sumber : Weni Panca

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment