Kisah penghijrahannya pernah mendapat mendapat perhatian meluas media, namun ‘transformasi’ kembali menjadi ‘wanita’ membuatkan netizen kesal dan tidak senang dengan Safiey Ilias. Ada yang berpendapat dia menggunakan agama sebagai pemasaran produk jualannya.
Agak lama tanpa cerita panas, Safiey meluahkan kekesalannya apabila hajatnya ingin tampil di Ipoh bagi satu acara tidak kesampaian apabila dihalang oleh pihak berkuasa tempatan di sana.
Terkilan tak dapat hadir acara jualan
Menerusi posnya, Safiey berkata dia tidak dapat hadir kerana dia menerima surat yang menyatakan dia hanya boleh berada di booth sahaja dengan syarat berpakaian sopan. Dia jug dilarang ke atas pentas untuk mempromosikan produk jualannya.
Biasalah ujian nak berubah jadi mufti tak benarkan. Walaupun ada surat menyatakan saya boleh join tapi hanya di booth sahaja dengan pakaian sopan. Dan saya dilarang naik stage untuk promote produk. Agak terkilan di situ. Saya bukan nak bogel atas tu.
Tak akan beri zakat negeri Perak
Tambah Safiey lagi, dia juga tidak akan memberikan zakat dan derma kepada rakyat negeri Perak. Menurut usahawan ini, apa yang berlaku tidak adil di pihaknya.
Saya tak akan beri agihan zakat kepada negeri Perak dan derma ke negeri itu. Mungkin rezeki saya di tempat lain. Bila nak dekat dengan Allah ni memang banyak ujian. Saya juga ada hati dan perasaan.
Dia juga sempat meminta maaf kepada orang Perak yang sangat ingin berjumpa dengannya tapi tidak berkesempatan berbuat demikian.
Bangga kerajaan Perak halang
Sumber: Safiey Ilias
0 comments :
Post a Comment