Memang tidak dinafikan perkembangan teknologi perubatan semakin moden ini dapat memberi kita cara mudah dan pantas untuk kelihatan menawan. Malangnya, ada sesetengah pihak tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan sesuatu produk sehingga dapat memberi kesan buruk terhadap orang lain.
Seorang doktor gigi ini berkongsi kesan sampingan penggunaan acid etchant dimana kononnya dapat memutihkan gigi. Doktor ini juga mengakui bahawa penggunaan acid etchant pada gigi adalah bahaya. Acid etchant ini juga sering digunakan oleh doktor gigi tidak bertauliah kepada pelanggannya. Baca penjelasan ini.
Bukan untuk memutihkan gigi
Perkongsian dari Iqbal Roseli di laman Facebook ini telah mendapat 1.5ribu share. Memandangkan acid etching ini sering digunakan oleh penjual braces palsu atau doktor gigi tidak bertauliah. Anda juga dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan rawatan dari penjual braces palsu ini.
Sementara itu, doktor pakar gigi, Dr. ib Shah juga membuat perkongsian mengenai kesan dan kegunaan acid etching ini terhadap gigi menerusi laman Twitter.
Trend peniaga online
Ya Allah timbul lagi satu trend dari peniaga online untuk MENIPU pengguna.Kali ini dengan “acid etchant” yang digunakan oleh dentist untuk menampal gigi.Acid ini di salahgunakan untuk memutihkan permukaaan gigi! Saya terangkan mengapa menggunakan teknik ini BAHAYA #MedTweetMy pic.twitter.com/ZAApjkhYMp
— Dr ib shah | ayiem (@ib_shah) September 28, 2018
Kegunaan acid etching
Apa bila acid ini digunakan utk sekitar 20saat, secara microskopiknya,ada liang2 kecil terhasil. Secara mata kasar tompok putih terhasil. Bahagian yang ‘rapuh’ ini telah sedia untuk langkah seterusnya iaitu sapuan resin. pic.twitter.com/DTVWBjV5HM
— Dr ib shah | ayiem (@ib_shah) September 28, 2018
Kesan pada permukaan gigi
Kesan salahguna acid apabila disapu begini pada permukaan gigi
??apabila kering,permukaan nampak putih kerana rapuh
?? gigi wujud mikroporositi dan mudah terhakis dan nipis
??gigi menjadi lebih sensitif
??makan berwarna mudah melekat dan gigi semakin kuning / coklat— Dr ib shah | ayiem (@ib_shah) September 28, 2018
Ini rawatan bahaya!
Saya rayu semua untuk sebarkan maklumat ini supaya masyarakat kita tidak tertipu bulat bulat dengan penunggang kecantikan ini.
Dengan ilmu kita perangi penipu2 ini membuat rawatan bahaya! Lebih baik, laporkan kelakuan mereka ini di email kementerian kesihatan
ohd@moh.gov.my
— Dr ib shah | ayiem (@ib_shah) September 28, 2018
Sumber: Dr ib Shah, Iqbal Roseli
0 comments :
Post a Comment