Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menafikan sekerasnya dakwaan pihak polis mencuri RM43.3 juta daripada hasil serbuan di beberapa premis milik Datuk Seri Najib.
Beliau turut mencabar penulis blog, Raja Petra Kamaruddin tampil membuat laporan polis jika merasakan dakwaan dibuatnya itu benar.
Polis nafi curi duit
Menerusi Berita Harian Online, Amar Singh merasakan dakwaan yang dibuat penulis blog tersebut tidak berasas. Tambahnya lagi, jika ada bukti atau maklumat mengenai kehilangan wang tersebut, dia diminta tampil membuat laporan.
Saya tidak ambil peduli dakwaan penulis seperti Raja Petra, dia mendakwa dirinya sebagai wartawan penyiasatan, tetapi dia tidak seperti apa yang didakwa, dan lebih mementingkan wang.
Ini adalah dakwaan yang sangat tidak berasas, saya tidak akan berdiam diri dan menerima dakwaan yang dibuat terhadap polis.
Jika beliau mempunyai maklumat, sila pulang ke Malaysia dan buat laporan polis, jangan hanya bersembunyi di alam maya, jadilah orang yang berani.
Jika laporannya terbukti palsu, tindakan terhadapnya akan diambil.
Raja Petra mendakwa polis mencuri RM43.3 juta daripada RM160 juta wang milik UMNO yang dirampas di enam premis dikaitkan dengan Najib.
Jika nak tanya, tanyalah 30 individu itu
Dalam sidang media di Menara KPJ hari ini, Amar Singh berkata perbuatan mencuri itu mustahil dilakukan memandangkan lebih 50 pegawai polis termasuk pegawai Bank Negara terlibat.
Polis menemui RM114 juta dalam 35 daripada 72 beg di salah satu premis di Pavilion Residence yang mana penemuan ini diumumkan dalam sidang media pertama JSJK pada 25 Mei lalu.
Serbuan susulan dibuat dan menemui RM2.7 juta lagi di kediaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta.
Jumlah keseluruhan yang ditemui polis di enam premis ialah RM116.7 juta dan penemuan itu diumumkan dalam sidang media kedua JSJK pada 28 Jun lalu.
Seminggu selepas saya umumkan penemuan RM114 juta, Najib buat laporan polis mengatakan wang UMNO sebanyak RM160 juta. Beliau tidak dapat memberikan bukti wang berjumlah RM160 juta itu milik UMNO, sebelum sidang media, tiada pihak mengatakan itu duit UMNO.
Jika mahu bertanya mengenai duit yang hilang itu, tanyalah kepada 30 individu itu, namun jumlah yang kami rampas kekal sama seperti yang kami maklumkan sebelum ini.
Amar Singh berkata lagi, menerusi rakaman CCTV di Pavilion Residences, beg mengandungi wang tunai berkenaan dipindahkan oleh 30 individu ke salah satu premis dua hari selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
Sumber : Berita Harian Online
0 comments :
Post a Comment