Dengan ungkapan, “Salam!”, Biro Pelancongan Taiwan ingin mengajak pelancong Islam dari Malaysia dan Brunei untuk menjadikan pulau ini sebagai destinasi percutian yang terkini. Kempen baharu bertemakan “Salam Taiwan” telah dilancarkan secara rasminya pada 29 Ogos lalu untuk memperkenalkan kemudahan yang disediakan untuk keselesaan pelancong beragama Islam.
Kempen Salam Taiwan ini memfokuskan kepada aspek menarik di Taiwan yang mesra- Muslim, ini termasuklah makanan dan minuman, hotel, surau yang selesa di tempat umum dan kosmetik atau penjagaan kulit yang diiktiraf Halal. Terdapat juga aplikasi Tour Taiwan dan Halal-TW untuk memberikan kemudahan kepada pelancong Islam mencari cawangan Halal, waktu solat, masjid dan bilik solat di samping memberikan maklumat pengangkutan dan penginapan. Anda boleh mendapatkan aplikasi Halal-TW dalam bahasa Inggeris, Cina dan Indonesia. Kini, anda boleh melancong di Taiwan dengan mudah.
Taiwan adalah sebuah pulau yang kaya dengan pelbagai budaya dan ia juga mempunyai lokasi yang layak untuk dimuat naik di Instagram, dari pasar malam dan lampu terang bandar ke pemandangan alam semula jadi. Pulau ini juga terkenal dnegan pelbagai makanan yang lazat dan unik yang dijual oleh restoran mesra Islam. Taiwan mempunyai 300,000 bilangan penduduk Islam dan keperluan mereka dijaga oleh tiga organisasi Islam, Persatuan Muslim Cina, Pusat Halal Taiwan dan Persatuan Islam Taiwan.
Sejak beberapa tahun ini, Taiwan telah bekerjasama rapat dengan orginasi Islam untuk memahami keperluan dan permintaan pelancong Islam. Dan kini, Taiwan adalah salah satu destinasi yang lebih popular dan tersenarai di kedudukan kelima dalam kategori non-Organisation of Islamic Cooperation (OIC) dalam Indeks Perjalanan Muslim (GMTI) terkini.
Kempen ini menekankan enam faktor yang direka untuk memudahkan perjalanan umat Islam, iaitu Lifestyles of Healthy and Sustainability (LOHAS) yang menyoroti cara hidup sihat, Pasar Malam yang terkenal di Taiwan dan Taman Hiburan menawarkan pemandangan luar biasa, aktiviti membeli-belah dan mempelajari budaya Islam di sini.
Semasa pelancaran, Biro Pelancongan Taiwan turut mengumumkan logo khas “Salam Taiwan” yang membawa unsur Islam dan melantik artis terkenal Malaysia yang serba boleh, Mira Filzah sebagai duta rasmi Salam Taiwan. Pelakon berusian 25 tahun ini telah berada di dalam industri hiburan selama lima tahun. Dia adalah inspirasi kepada peminatnya dengan imej yang menyeronokkan dan positif. Selain berlakon, Mira Filzah juga adalah pengacara, model dan usahawan jenama tudungnya sendiri. Dia mempunyai ramai pengikut setia tidak hanya di Malaysia tetapi juga di Singapura dan Brunei dan mempunyai lebih daripada tiga juta pengikut di Instagramnya.
Pameran Biro Pelancongan Taiwan (Taiwan Pavillion) akan berada di Pameran MATTA 2018 di Dewan Satu (nombor booth: 1413-1432) di Pusat Perdagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC)
Jika anda berkunjung ke gerai tersebut dari 7 September hingga 9 September 2018 antara 10 pagi dan sembilan malam, boleh menikmati pelbagai aktiviti interaktif serta menarik dan juga anda akan ditawarkan dengan pakej percutian yang menarik. Turut hadir pada Sabtu, 8 September, jam dua petang adalah Mira Filzah yang akan berkongsi pengalamannya di Taiwan.
Anda juga boleh menonton video “Salam Taiwan” yang dibintangi oleh Mira Filzah di saluran rasmi YouTube Biro Pelancongan Taiwan “tbrockl taiwan_tourism.”
Untu maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Biro Pelancongan Taiwan atau Facebook.
The post Mira Filzah Dilantik Sebagai Duta Salam Taiwan appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment