‘Kami Hanya Mampu Berdoa Kepada Allah’

Beberapa hari lepas, tanah Sulawesi, Indonesia digegarkan dengan gempa bumi berkuatan 7.7  skala Richter dan menyebabkan tsunami 2 meter melanda. Ramai penduduk di daerah itu terpaksa melarikan diri ke tempat yang lebih selamat meskipun, ada nyawa yang terkorban.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Bandar Palu Indonesia Dilanda Tsunami Setinggi 2 Meter

Penduduk di lokasi kejadian menceritakan detik cemas ketika gempa bumi dan tsunami melanda tanah Sulawesi itu. Semoga segala urusan penduduk Indonesia dipermudahkan dan dalam keadaan baik-baik saja.

Seperti letupan bom besar

Menurut laporan myMetro, salah seorang penduduk, Afrinal Dilham berkongsi cerita detik cemas ketika bencana alam itu melanda kota Palu dan Donggala. Malah, dia juga mendengar bunyi dentuman kuat dihadapan rumahnya.

Bumi bergulung. Tanah bergerak seperti air dan keadaan sangat huru-hara. Ia seperti letupan bom besar dan bunyinya sangat kuat. Pada masa sama, bumi bergoncang menyebabkan kami sukar berdiri. Saya lihat penduduk kampung bertempiaran lari keluar dari rumah masing-masing ke kawasan lapang.

Jeritan dan tangisan memenuhi ruang. Saya terkejut sebelum berlari ke kawasan lapang bersama keluarga dan penduduk sekampung. Kira-kira 150 meter dari lokasi kami berkumpul, tanah kelihatan bergerak seperti air malah rumah juga dibawanya.

Tanah bergulung

Kemudian, tanah bergulung, bahagian bawah berada di atas dan sebaliknya. Keadaan itu berlaku lebih lima minit. Kami hanya mampu berdoa meminta perlindungan daripada Allah.

Keadaan sangat huru-hara di sini. Bantuan makanan dan ubat-ubatan belum tiba kerana jalan raya terputus. Mungkin bantuan melalui udara dapat dilakukan… kami masih menunggu.

Kesan dari bencana alam itu telah menyebabkan bekalan elektrik terputus dan jalan raya musnah. Ekoran dari bencana alam ini, terdapat banyak mangsa terkorban dan mayat mereka berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan.

Semua penduduk trauma

Menurut laporan dari Sukarelawan Onsight Foundation, Agung Wijanarko berkata masih terdapat banyak mangsa yang terperangkap dalam runtuhan. Akibat jalan darat rosak teruk, mereka terpaksa menggunakan kaedah udara untuk menyalurkan bantuan ubat-ubatan dan makanan kepada penduduk.

Jalan raya musnah dan 70 peratus bangunan runtuh, bekalan elektrik terputus. Mangsa gempa sangat memerlukan bantuan makanan dan ubat-ubatan. Semua rakyat di Palu trauma dengan apa yang berlaku.

Kita bawa ubat-ubatan dan bekalan makanan sementara menanti bantuan kerajaan. Bantuan yang dibawa kini sudah menghampiri kawasan bencana namun disebabkan jalan terputus, bantuan belum dapat diagihkan.

Jumlah mangsa pasti meningkat lebih ramai kerana mangsa yang parah juga tinggi jumlahnya. Kebanyakan korban adalah mangsa yang berada di kawasan pantai di Palu. Mohon saudara di Malaysia mendoakan kami supaya urusan dipermudahkan Allah.

Keadaan sebenar di tanah Sulawesi

Selepas gempa bumi

Tsunami Palu

Sumber: Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment