Semalam seorang suami telah berkongsi masalah rumah tangganya di salah satu group Facebook. Dia menyifatkan isterinya itu kelihatan semakin serabai dan tidak bergaya jika nak dibandingkan dengan isteri rakan sepejabatnya. Duit perbelanjaan bulanan lebih dari cukup namun, tidak digunakan isteri untuk membeli barang keperluan diri.
Ternyata, luahan masalah rumah tangga si suami ini mendapat kecaman hebat dari netizen. Dimana netizen menyifatkan wang perbelanjaan sebanyak RM200.00 itu tidak mencukupi untuk menyara mereka sekeluarga selama sebulan.
Macam mana nak jimat? Badan pun gemuk
Perkongsian masalah rumah tangga yang diceritakan suami ini menerusi laman Facebook telah di screenshot dan dimuatnaik semula oleh pemilik Twitter Asyraf. Status ini telah mendapat 3ribu tanda retweet dan lebih kurang 3.5ribu komen netizen.
Ini antara komen-komen netizen setelah membaca masalah rumah tangga yang dihadapi suami itu. Ternyata ramai di antara mereka kurang bersetuju dengan tindakan suami ini hanya memberi RM200 kepada isteri sebagai wang perbelanjaan bulanan.
Ingat ni zaman RM50 penuh troli ke?
Gila apa RM50 barang dapur sebulan
Kantoi tak pernah beli barang dapur
Sumber: Asyraf
0 comments :
Post a Comment