Diuji dengan kecurangan pasangan adalah sesuatu perkara yang sangat menakutkan. Tambah menyedihkan apabila pasangan memilih untuk meninggalkan keluarga dan membawa haluan masing-masing.
Seperti yang diluahkan wanita ini di Facebook, mereka didakwa telah berpisah pada ulang tahun pertama perkahwinan. Saat gembira menyambut kelahiran anak sulung juga hancur sekelip mata.
Selalu tengok dia happy
Sebagai seorang rakan, seorang lelaki di Twitter memberitahu wanita ini kelihatan gembira seperti tiada masalah yang menimpa. Namun, sebaliknya dia menyimpan satu rahsia yang baru hari ini diluahkan.
‘Kau hadiahkan aku kecewa sempena ulang tahun’
Lama..
Sangat lama aku simpan segala yang terbuku di hati ni. Membesarkan anak seorang diri selama 1 tahun 4 bulan. Masih tak layak kah aku untuk bahagia?
Masih tak layak kah aku untuk merasa sedikit kemanisan bahagia?
Di hari kau ber ‘komplot’ dengan si dia untuk mengkhianati cinta aku, setelah aku bertarung nyawa melahirkan zuriat kita, itu adalah hari kau memusnah kan kebahagiaan puteri ku, itu adalah hari kau menghancurkan dongeng aku untuk menghidupkan dongeng kau.
Lillahitaala, Nur Adelia Humaira ini tak prnah kenal siapa ‘baba’ yang aku sering sebut. Kau pergi saat pandangan nya masih kabur. Di manakah nurani kau?
Genap setahun hidup bersama dan kau hadiahkan aku kekecewaan sempena ulang tahun perkahwinan kita. Kebahagiaan yang sepatutnya dirasa untuk aku dan puteri ku, bertukar menjadi cerita derita yang kau dan si dia cipta. Untuk memuaskan nafsu yang tiada hujungnya.
Cukup! Si kecil ini sumber kekuatan aku. Sumber untuk aku terus pergi dari mimpi ngeri yang kau beri.
Lillahitaala. Tak prnah sekali aku larang untuk kau berjumpa puteri kita. Tapi sayang, kau sia kan masa yang kau sentiasa ada, untuk si dia yang menghancurkan bahagia kita.
‘Tak rugikah kau?’
Kesian puteri ku, kehilangan kasih seorang ayah di awal usia nya.
Ingat! Dia hanya kenal aku sebagai ayah dan ibu nya.
Tak rugi kah kau? Saat dia sudah pandai merangkak, lalu berjalan, lalu perkataan pertama nya adalah “baba” di usia 9 bulan.
Moga aku terus kuat, untuk menjawab setiap pertanyaan nya tentang kau. Atau bertanya mengapa kau tidak selalu disisi. Saat jatuh bangun nya untuk bertatih.
Sekarang, berilah aku masa untuk bahagia, walau bukan bersama kau.
Tapi bersama zuriat yang dah kau tinggal kan untuk aku jaga dan kasihi.
Selamat tinggal tanggal 27, memori kita bersama tak prnah aku lupus dalam ingatan ku.
#bangkit #mummyadeliahumaira
Sumber : Izzati Mohd
0 comments :
Post a Comment