Pepatah yang menyebut jangan menilai buku dari kulitnya cukup relevan apabila banyak berita membabitkan individu yang kononnya berilmu tinggi namun ‘kantoi’ melakukan jenayah jijik. Terbaru, seorang pengetua sebuah tahfiz dikenakan hukuman penjara 15 bulan selepas mengaibkan kehormatan kanak-kanak 10 tahun.
Seorang wanita di Facebook turut mengalami insiden hampir serupa apabila rakan sendiri yang dianggap alim dan warak tergamak memperlakukan dia dan rakan-rakan dengan perbuatan yang tidak disangka-sangka.
Pinjam laptop mahu siapkan tesis
Kisah itu diceritakan mangsa sendiri, Izzah Mardhiya Mohd Isa yang mempunyai kawan lelaki bertopengkan imej alim namun bernafsu pelik. Rakannya itu, yang digelar EA didakwa telah menyunting gambar rakan-rakan perempuan sekelas dengan unsur lucah untuk kepuasan diri sendiri.
DIKHIANATI OLEH KAWAN BAIK SENDIRI DENGAN MEMBOGELKAN/MENGEDIT GAMBAR DIGABUNGKAN DENGAN UNSUR LUCAH.
Assalamualaikum. Saya dah lama fikir perlu atau tidak saya post dan huraikan serta leraikan apa yang berlaku. Tapi demi maruah, saya tampil untuk perjelaskan. Baru-baru ni, saya terjumpa gambar bogel beberapa orang kawan sekelas, kawan satu fakulti, kawan satu universiti serta beberapa mahasiswa universiti luar yang diedit. Jumlah gambar yang diedit berserta video mencecah ratusan.
Bagaimana kronologinya?
1. Kawan aku bernama si E ni, pinjam laptop aku hujung sem lepas sebab laptop dia rosak, dan dia kena siapkan thesis secepat yang mungkin. Maka, atas dasar kawan yang rapat (euww geli nak taip rapat tu), aku pinjamkan. Sebelum balik Sabah untuk cuti yang panjang, dia kembalikan laptop aku.
Nampak gambar rakan dibogelkan dalam laptop
2. Selepas beberapa bulan, semalam, hari Selasa sekitar jam 8 pagi, aku baru nak on laptop tu kat sekolah. Well laptop tu kecil dan ringan, so aku bawa ke sekolah sebab nak login web Telegram.
3. Bila buka web Telegram, secara tak sengaja web Telegram tu memang dah sedia terlog-in dah. Aku ingatkan tu Telegram aku. Thenn I scroll as usual tapi pelik sebab banyak group yang pelik2 kat dalam tu. Group pertama yang aku buka, aku terkejut sebab kat dalam tu seeeeeemua video dan gambar lucah yang dilanggan. Aku berdebar-debar, tangan kaki semua sejuk dah. Lepas tu aku try bukak next group, yang ni aku lagi tekejut! Buka-buka jak, gambar classmate aku yang bergambar depan Dewan Kuliah Pusat (DKP) diedit dan dibogelkan. Lepas tu orang kat dalam gambar tu cakap “nak la***p” sebab tak tahan tengok kecantikan member aku tu. Dan antara yang respon dalam group tu adalah si E ni jugak
4. Aku scroll laju2, ternampak gambar member-member dari fakulti sendiri! Ada yang berpurdah, ada yang tudung labuh. Ya Allah! . Diedit dengan unsur lucah, dikangkangkan, dibogelkan, ya Allah.
Ingatkan Telegram kena hack
5. Aku ingatkan tu Telegram aku yang kena hack tapi bila aku pegi setting account, tu account si EA ni! ? aku cepat2 log out, dan bodohnya aku tak sempat nak save atau screenshot sebab yalah, gambar bodoh jijik hina kot! Mestilah nak keluar cepat2! ?
6. Aku contact sahabat aku dan ceritakan sebab aku tak tenang. Benda ni bermain dalam fikiran aku. Yalah, EA ni terkenal sebab dia alim, beragama, tukang azan, nasyid, siap mengaminkan bacaan doa lagi waktu Majlis Bersama NC malam tu. Oh no!! ? Aku cuba husnuzon tapi aku tak boleh.
7. Aku contact si EA ni. Aku bagitahu dia semua segala apa yang aku dah nampak dan dia speechless! Dia mengaku. Dia mengaku dia edit semua gambar tu. Aku tanya dia, ada tak gambar aku??? Dia cakap takde. Aku suruh bersumpah tapi dia tak nak. Aku ingat nak diamkan benda ni tapiiiii aku rasa macam bersubahat dan mengiyakan segala perbuatan dia ke atas kawan-kawan aku. Oh ya, sebelum aku log out dari Telegram EA ni, sempat aku terbaca dia cakap dia dah masukkan gambar member aku kat Tumblr dia. Aku takde acc Tumblr, so aku taktau natang apa semua tu
8. Aku bagitahu beberapa orang kawan aku yang juga merupakan mangsa, dan mereka tidak tenang. Diorang pegi bongkar segala isi Tumblr ni and mau tau apa diorang jumpa? Gambar aku yang di kelilingi dengan kemaluan lelaki!! Ya Allah ?? Bukan aku sorang, member dari Fakulti lain pun ada! Budak sains pun ada jugak. Nooo
9. Akaun yang post tu dah deactivated dan account tu adalah milik si EA ni! Classmate aku sendiri kot wei ? 4 tahun aku group assignment dengan kau, rupanya begini kau buat aku EA! ? Aku ingatkan gambar member aku ja, rupanya aku ada sekali.
Penunggang agama berselindungkan sebalik nasyid
10. Tindakan yang diambil? Memang dah ada tapi Biarlah rahsia. Kepada kamu wahai EA, penunggang agama yang selindungkan seksual disebalik nasyid, kamu dah mengaibkan beratus-ratus perempuan 1 Malaysia kot! Kau sendiri dah mengaku kau edit semua ni. Kau tahu tak betapa hancurnya hati ayah kami lepas kau buat begini??
11. Mesej moral yang aku cuba nak sampaikan, bak kata ayah aku, Jangan percayakan orang sangat. Kadang2 orang menggunakan agama untuk menutup kesalahan mereka. Dan, berhati-hatilah. Dulu, aku buat tak tahu ja bila ada berita gambar dibogelkan, tapi bila kena kat diri sendiri dan kawan-kawan aku, NO! I will protect my pride my future my life! Lagi satu, kamu EA adalah bakal guru, bakal guru kot!
12. Ada orang nasihatkan aku suruh stop reveal semua ni. Kononnya nanti dia depress bunuh diri etc. Woi, kau tak tahu ke perasaan gambar kau diedit dibogelkan dijadikan bahan lucah dan bahan mastrubasi lelaki??? Kau tak fikir perasaan kami? Kalau memaafkan, kami seakan-akan membenarkan apa yang dia buat ke atas kami.
Update*
13. Aku ada tanya kenapa dia buat begini. Katanya, untuk puaskan dia punya nafsu. Kalau dia sendiri-sendiri, dia kalah dengan nafsu dan dia akan menonton video lucah. Lepas tu dia akan beronani untuk puaskan dia punya nafsu. Tapi dia tak puas dia cakap. Dia kena bayangkan muka-muka kami ni so dia edit dengan pelbagai aksi seks serakah yang paling durjana. Celaka kau EA
ya Allah, betullah. Fitnah dunia sekarang ni macam macam dah.
Sumber: Izzah Mardhiya Mohd Isa
0 comments :
Post a Comment