Selain busana pengantin yang menjadi perhatian, tidak dilupakan aksesori pelengkap gaya iaitu cincin juga perlu diambil kira. Pilih cincin sesuai mengikut citarasa dan tema perkahwinan anda. Ini penting kerana ia bagaikan saksi kasih dan sayang yang terjalin dua merpati sejoli. Seleksi cincin pelbagai warna dan bentuk menjadi idea
Emas lambang kemewahan
Tidak dinafikan, emas kuning masih menjadi pilihan pengantin terutamnya masyarakat Melayu. Emas kuning sajak digayakan untuk wanita berkulit putih. Jika jarinya agak berisi, elakkan memilih potongan mendatar.
Klasik untuk wanita minimalis
Kebiasaanya bentuk cincin ini tidak rumit. Sama ada emas merah atau putih, ianya mempunyai bentuk sedikit cembung dan hadir dengan batu permata kecil. Ia amat sesuai untuk wanita yang mempunyai jari runcing dan panjang.
Romantik lambang cinta sejati
Kebiasaanya ia mempunyai rekaan seakan bentuk hati, bunga atau rama-rama yang melambangkan aura romantis dua pasangan bercinta. Cincin seperti ini lebih sesuai untuk wanita yang mempunyai jari runcing.
Batuan mengilau tambah seri pengantin
Wanita yang gemar memilih cincin batu permata berwarna ini mempunyai citarasa yang tinggi dan unik. Pelbagai warna batuan boleh dipilih dan ditempah khas mengikut warna kegemaran. Potongan cincin seperti ini sesuai untuk wanita berjari lebar namun tidak sesuai untuk wanita berkulit gelap.
The post Cincin kahwin, bukti cinta terpatri appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment