Janna Nick menerima kecaman hebat netizen apabila menawarkan perkhidmatan membuat ‘wish’ hari jadi kepada peminatnya dengan harga RM50.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Wish Service By Janna Nick Jadi ‘Bahan’ Sharifah Sakinah, Pecah Perut!
Malahan Sharifah Sakinah turut membuat parodi di laman Instagramnya sehingga membuatkan netizen geli hati. Janna memberi responnya berkenaan hal itu kepada Harian Metro.
Ya, memang kenakan RM50
Menurut Janna, dia mengakui membuat perkhidmatan sebegitu untuk meraih pendapatan secara agresif yang dilakukan menerusi Instagram storynya. Malahan, semenjak diperkenalkan, dia tidak putus-putus menerima permintaan untuk membuat ucapan kepada peminatnya itu.
Ya, saya memang kenakan caj RM50 untuk setiap ucapan yang diminta peminat. Bukan itu saja, saya juga akan kenakan bayaran untuk beberapa perkhidmatan lain di medium sama.
Malahan, menurut anak didik Sheila Rusly ini, peminatnya tidak kisah melaburkan wang itu untuk mendapat ucapan daripadanya.
Rancangan tarik perhatian netizen berhasil
Ujarnya, kecaman yang diterima sebagai selebriti adalah perkara biasa walaupun apa juga yang dilakukan. Bagi aktres ini, dengan diperoleh, ianya berbaloi untuk dikecam.
Sebagai selebriti, apa saja yang kita lakukan akan dapat perhatian. Malah, tak buat apa-apa pun orang akan bercakap juga.
Jadi, apabila ada yang menganggap apa yang saya buat ini adalah salah dan perlu dikecam, bagi saya ia berbaloi untuk dikecam.
Alhamdulillah, perancangan saya untuk menarik perhatian netizen juga membuahkan hasil. Bagi yang memberi reaksi negatif, saya terima dengan hati terbuka.
Tambah Janna lagi, dia mengingatkan kepada netizen untuk tidak cepat melatah dengan apa yang berlaku dan menafikan perkara itu sebagai gimik pemasaran.
Dulu orang kata artis cepat melatah. Sekarang, apabila jadi benda macam ini, peminat pula yang melatah. Yang pasti, ini bukan gimik atau apa.
Sumber: Harian Metro
0 comments :
Post a Comment