Babyshop Buka Butik Kelima Malaysia Di The Curve

Babyshop, butik pakaian bayi dan kanak-kanak telah melancarkan butiknya di The Curve dan ini adalah butik kelima jenama ini di Malaysia selepas membuka butik pertama di MyTown Shopping Centre dan IOI City Mall enam bulan yang lalu.

Ditubuhkan di Bahrain pada tahun 1973, Babyshop telah memperkenalkan jenamanya sebagai destinasi sehenti dengan pelbagai jenama kanak-kanak kelas dunia dan turut mengetuai label antarabangsa. Di samping jenama yang terkenal seperti Juniors, Giggles dan Eligo, Babyshop akan terus menjadi destinasi untuk anda mencari jenama antarabangsa terkemuka untuk anak anda.

Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis produk kanak-kanak seperti pakaian, mainan untuk kanak-kanak sehingga usia 10 tahun, barangan bayi, perabot nurseri untuk bayi yang baru lahir dan banyak lagi. Hari ini Babyshop mempunyai lebih daripada 240 butik di 15 negara dengan lebih daripada 4,400 pekerja yang berdedikasi untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan yang berkunjung. Di Asia Tenggara, pembukaan butik ini di Malaysia mengikut susulan selepas pelancaran yang berjaya di negara jiran, Thailand.

Pelancaran jenama ini di Malaysia adalah bukti bahawa jenama ini komited untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat Malaysia dengan tawaran produk global yang terbaik dalam katergori tersendiri dengan harga yang hebat dan perkhidmatan yang sangat baik. Babyshop Personal Shopper Assist akan menawarkan nasihat dan bantuan profesional dalam menentukan produk terbaik untuk anda beli. Ini akan membuatkan pengalaman membeli-belah anda lebih mudah dan menyeronokkan.

Di samping sentiasa menyediakan produk yang menarik, perhatian turut diberikan kepada reka bentuk butik Babyshop. Butik sentiasa dalam keadaan bersih dengan reka bentuk moden, cerah dengan memberikan fokus yang maksimum pada produk yang dipamerkan. Butik yang luas memberikan keselesaan kepada pelanggan untuk membeli-belah dan terdapat juga kemudahan tempat duduk yang tersedia untuk anda berehat selepas penat membeli-belah.

Butik Bodyshop boleh didapati di:

  • The Curve- Lot 127, Tingkat Satu
  • IOI City Mall- L1-55, Tingkat Satu
  • MyTOWN Shopping Centre-L2-041, Tingkat Dua
  • Dataran Pahlawan Megamall di Melaka-G083-G087 &6090. Tingkat Upper Ground
  • East Cost Megamall di Kuatan, Pahang- L1-05, Tingkat Satu

Untuk lebih info, anda boleh layari Facebook dan Instagram Babyshop.

The post Babyshop Buka Butik Kelima Malaysia Di The Curve appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment