6 Tip Elak Jadi Mangsa Penipuan Semasa Pelaburan

Dalam menghadapi kegawatan ekonomi, pelbagai jenis pelaburan timbul bagi bertujuan memberi peluang kepada pelabur untuk melipat gandakan wang simpanan kerana keadaan sekarang seseorang lebih berhati-hati ketika berbelanja.

Gambar : Ingimage

Maka daripada berbelanja di luar kawalan individu lebih memilih untuk menyimpan berbanding berbelanja. Perkara ini telah membuatkan banyak syarikat pelaburan tumbuh seperti cendawan mengambil kesempatan dari situasi ini. Namun, sekiranya anda membuat keputusan untuk melabur, ambil kira faktor berikut:

1. Melabur menggunakan duit lebihan.

Pastikan ia duit lebihan simpanan yang anda rasakan tidak akan menggunakannya dalam masa terdekat dan tidak akan menyesal apabila duit ini juga boleh dilabelkan sebagai ‘yuran pengalaman’ kerana setiap pengalaman ada harga yang perlu dibayar.

2. Semak Latar Belakang Individu

Perhatikan karakter orang yang memperkenalkan skim pelaburan. Selidik sejauh mana mereka arif tentang pelaburan. Semak latar belakangnya dan hati-hati jika ada unsur paksaan atau gesaan. Itu semuanya adalah metod untuk mengelakkan anda dari berfikir panjang.

3. Kaji Syarikat Pelaburan

Semak secara terperinci syarikat yang menawarkan pelaburan berkenaan. Ambil masa dan usah tergesa-gesa dalam membuat pelaburan.

4. Elakkan dari melabur di satu pelaburan yang membawa pulangan tidak logik atau terlalu mudah untuk mendapat pulangan.

Secara logiknya kita melabur di Amanah Saham Bumiputera (ASB), pulangan biasanya kurang dari 10 peratus setahun. Bagaimana pula apabila anda terjumpa satu syarikat pelaburan yang menjanjikan pulangan 10 peratus setiap bulan secara konsisten. Ini bermakna pulangan setahun mencecah 120 peratus. Sejauh mana kemampuan syarikat berkenaan mampu memberi pulangan 120 peratus kepada anda seorang dan juga orang lain.

5. Cari dan berdamping dengan mentor pelaburan yang dah berjaya.

Cari mentor yang boleh dipercayai dan mempunyai sejarah yang baik. Namun berhati-hati kerana ada mentor yang berlagak seperti sudah berjaya tapi sebenarnya hanya penipu semata.

6. Pastikan anda faham secukupnya setiap jenis pelaburan yang anda laburkan.

Jangan mengharapkan orang lain yang memahami bagi pihak anda. Selagi anda tidak faham elak daripada melabur. Bersedia menjawab segala persoalan yang timbul dengan yakin dan jelas berkaitan pelaburan tersebut berdasarkan fakta.

The post 6 Tip Elak Jadi Mangsa Penipuan Semasa Pelaburan appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment