Marah adalah satu sifat biasa yang ada dalam diri setiap orang namun jika ia tidak ditangani dengan betul, sikap marah atau baran ini boleh menjadi perkara yang negatif. Sikap ini juga adalah antara punca kegagalan rumah tangga kerana apabila suami marah, ia akan memberikan kesan kepada isteri dan anak. Oleh itu, Jelita kongsikan enam cara mudah untuk anda mengawal emosi dan baran suami.
Gambar: Shutterstock
Katakan tidak
Cuba untuk katakan tidak atau hentikan kemarahan si suami. Ada pelbagai cara untuk mengawal dan mengurus kemarahan yang tidak mengganggu ketenteraman orang lain.
Jelaskan bagaimana kemarahan itu memberikan kesan kepada diri anda dan anak
Jangan cuba jelaskan kesan itu sewaktu dia sedang marah. Cuba cara masa yang sesuai untuk berbicara dalam suasan yang cukup tenang. Jelaskan kepadanya mengenai kesan kemarahan itu kepada anda dan anak. Tawarkan bantuan. Anda boleh membantunya megnawal dan menguruskan perasaan itu bersama. Berbincanglah mengenai pelbagai jenis emosi seperti marah, geram, suka dan sebagainya.
Tolong dia ketahui atau kenal pasti punca
Apabila dia dalam keadaan marah, anda seharusnya mendiamkan diri dan jangan masuk campur. Biarkan dia cuba menguruskan kemarahannya. Biar dia kembali kepada anda dan meminta maaf. Selepas itu, berbincanglah mengenai punca kemarahannya. Apabila keadaan sama berulang, anda boleh membantunya mengawal kemarahan.
Kawal sikap anda
Si isteri juga boleh menolong suami dengan mengawal sikap sendiri. Dalam kata lain, bagaimanakah anda ingin bertindak balas kepada kemarahan si suami? Kerana kalau anda melawan api dengan api, kemungkinan besar pergaduhan itu akan bertukar menjadi lebih dahsyat dan tidak akan pulih. Anda boleh memujuknya untuk bertenang dan akan berbincang dengannya apabila dia mendapat menguruskan emosinya.
Bawa bertenang dan sabar
Pujuk dia untuk bersabar dan bertenang dengan melakukan beberapa latihan ini. Anda boleh buat bersama-samanya atau secara sendirian.
- Mengambil nafas yang panjang dan dalam. Ulang beberapa kali sehingga tenang.
- Bertakafur atau wirid setiap pagi
- Pergi berjalan-jalan. Ini boleh meredakan kemarahan apabila anda keluar dari situasi yang tegang itu.
- Dengar emosi masing-masing, barulah anda faham kenapa dia bertindak begitu.
Beritahu kawan yang terdekat
Kadangkala kita tidak boleh buat perubahan sendiri dan memerlukan sahabat untuk membantu. Beritahu mereka apa yang sedang berlaku antara kamu berdua dan bagaimana mereka boleh membantu. Ataupun cari kaunselor yang sesuai untuk menolong. Jangan melindungi diri. Biarkan diri anda mendengar dan dan mengakui bahawa ada masalah antara kamu berdua yang perlu diselesaikan. Kawan atau kaunselor boleh membantu menyokong apabila keadaan menjadi susah serta tegang kerana membuat perubahan tingkahlaku bukan perkara senang tetapi tidak mustahil.
The post 6 Cara Mudah Tolong Suami Kawal Emosi appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment